Korang agak-agak kan, apa persepsi orang KL terhadap orang-orang yang datang daripada luar. Adakah mereka rasakan bahawa merekalah yang paling moden, up to date berbanding kengkawan dan sedara-mara mereka yang berasal dan tinggal di luar?. Disamping itu, apakah mereka turut merasakan bahawa mereka lah paling trendy, vogue dan paling style sekali dalam 1Malaysia ini?. Aku bukan apa beb, sekadar nak bertanya soalan jer kat korang yang mungkin majoriti berasal daripada luar KL jugak. Kepada yang berasal daripada KL aku nak tanyalah apa persepsi korang terhadap orang yang datang daripada luar ni.
Aku bagi contoh kat bawah ini, apakah persepsi ini turut benar-benar berlaku di Malaysia?
Setakat ini, aku belum cukup berani nak buat peta macam gini hah. Korang agaklah apa akan jadi kat aku kalau aku betul-betul buat peta ni, konfem kena belasah kowkow kalau aku sebarkan kat Facebook dan Twitter!. Itu pun nasib baik gua dah abis belajar kat kolej beb!. Yelah, agak kurang hajaq jugak kan?. Lagi-lagi dahlah aku budak KL!. Haha, takkan punyer aku buat macam nilah beb. Kita orang Melayu yang beragama Islam tidak sebiadap itu tau!. Apa pun aku mintak budi bicara korang jawab isu ini dengan lebih berhemah ok.
Shacklesmith : Aku budak KL tapi aku tak rasa aku ni paling terer sangat.
No comments:
Post a Comment