Wednesday, August 24, 2011

Rise of Planet of The Ape Versi Malaysia!


Sapa dah tengok filem Rise of Planet of Ape angkat tangan?. Hah, kalau yang dah tengok tu bagus. Tak rugi tengok tau. Ceritanya best dan nampak sangat realistik. Buat yang belum tengok tu aku paham, mungkin ada di antara korang yang ralat tak nak tengok wayang sebab bulan puasa kan. Alah, relak sajalah sedangkan aku walau tengok wayang sekalipun tetap pergi bersolat juga bila dah masuk waktu. Yang penting kita kena pandai cari masa lah untuk bersolat (tengok waktu lepas Zohor dan habis sebelum Asar). Paling penting, banyakkan amal ibadat di malam hari. Aku pun jarang-jarang tengok wayang sebenarnya beb. Cuma bila dah habis kolej jer banyak masa terluang.

Tapi baru-baru ni aku dengar ada seorang pengarah baru yang sedang meningkat bercadang hendak menerbit dan mengarahkan satu filem berkaitan dengan 'beruk'. Khabarnya, filem yang bakal pecah panggung tahun depan itu juga memiliki konsep yang sama dengan filem keluaran Hollywood berkenaan. Dengar cerita, orangutan yang bakal menjadi pelakon utama ini bukan didatangkan dari Sabah atau Sarawak. Tapi dari Pulau Pinang!. Biar betul beb, mana ada orangutan kat semenanjung Malaysia ni. Siapakah pengarah filem itu?. Namanya kian bersinar dalam dunia perfileman tanah air. Oh, tak langsung ku tahu dan nak ambil tahu. Apa yang penting aku dapat tengok filem tu tahun depan!.

Pokoknya, benarkah filem mendapat pembiayaan golongan yang memiliki jawatan dalam dunia politik negara? Adakah 'beruk' yang INI dimaksudkan. Oh tidak, alamat jadi macam filem Dua Alam Dr Rozmey lah pulak. Tak sanggup eden!. Yang pastinya, filem ini bakal merampas kedudukan filem Merong Mahawangsa sebagai filem box-office apabila ditayangkan kelak!. Apapun Shacklesmith tak boleh nak ulas panjang-panjang sebab nanti hilang pulak mood penonton nanti. Teasernya pun dah keluar, dan pastinya bukan beruk chimpanzee pegang AK47 macam bulan sudah punya tapi beruk tengah berceramah politik!.



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget