Monday, August 1, 2011
Iklan Kia Picanto (Kreatif Giler Beb!!!)
Sekali pandang korang mesti ingat ni iklan cutex atau pewarna kuku. Akan tetapi hakikat sebenarnya, iklan ni takde kena mengena langsung dengan mana-mana jenama pewarna kuku wanita yang ada di pasaran macam di Guardian dan Watson tuh. Sebaliknya ianya iklan dari pengeluar kereta terkemuka dari Korea (Hah! K-Pop lagi??) iaitu Kia yang mempromosikan keluaran terbarunya iaitu model Picanto siri terkini. Penggunaan seni warna kuku tu hanyalah teknik visual animasi dalam memaparkan keluaran terbaru produk automobil negara Asia tersebut. Korang bayangkanlah, sebanyak 1200 botol pewarna kuku dihabiskan untuk menconteng 900 kuku palsu (haha, bukan betul awekz punya kuku ye) dalam masa 25 hari! Sedangkan nak melukis satu kuku pun dah ambik masa dalam 2 jam pulak tu. Fuyoh, tangan manalah yang kreatif giler buat semua ni. Leonardo Davinci dan Pablo Picasso tengok ni pun boleh jadi pengsan jadinya!.
Shacklesmith : Bijak-bijak, so infinitely brilliant!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment