Friday, August 26, 2011

BIAR BETUL - Syamsul Yusof bakal Tinggalkan Skop Productions?


KUALA LUMPUR 26 Julai - Syamsul Yusof amat diperlukan dalam memastikan Syarikat Skop Production terus maju ke depan.

Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam mendakwa beliau bersyukur kerana mempunyai anak yang bukan sahaja berbakat dalam bidang pengarahan, malah bijak dalam mengukuhkan perniagaan yang beliau tubuhkan sekian lama.

Beliau juga tidak menduga akan minat yang sama turut diwarisi seorang lagi anak lelaki beliau, Syafiq yang bakal mengarahkan sebuah filem selepas ini.

Datuk Yusof juga dalam pada yang sama meletakkan harapan yang tinggi agar Syamsul akan kekal setia bersama Skop Productions. Malah setakat ini beliau yakin, dengan usaha gigih anaknya memperkukuhkan Skop Productions, tidak ada sebab Syamsul akan meninggalkan syarikat tersebut.

Datuk Yusof Haslam berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan beliau di Bangunan Finas pada Rabu lepas.


Pada kesempatan Majlis tersebut juga, beliau turut menunaikan tanggungjawab memberikan bonus kepada 160 warga Skop Productions bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. 


Ini merupakan salah satu langkah yang sangat efektif setelah mencapai keuntungan hasil filem karya Syamsul. Keuntungan ini bagi beliau sewajarnya dibahagikan bersama tenaga-tenaga kerja di syarikat produksi ini.

Apakah benar semua ini? Skop Production yang ditubuhkan sendiri oleh Datuk Yusof Haslam sudah amat sinonim dengan filem-filem keluaran beliau. Bahkan dengan penglibatan Syamsul ke dalam industri perfileman tempatan telah memperluaskan skop dengan penambahan genre filem sesuai dengan kehendak generasi baru yang lebih 'up to date' dan segar. Malahan, bakat yang diwarisi oleh Syamsul dari bapanya merupakan satu aset penting yang tak ternilai buat Skop Production. Malahan, produksi itu kini dilihat sebagai satu bisnes keluarga yang patut dipertahankan oleh Syamsul dan adiknya sendiri. Bagi aku sebagai peminat dan penyokong industri filem tempatan amat terkejut jugaklah mendengar khabar ni.


Aku percaya sejak daripada tahun 2008 lagi, pengaruh dari Datuk Yusof Haslam-lah yang buat Syamsul dikenali. Mana tidaknya, filem pertama pun dah box-office. Sedikit sebanyak mengingatkan kita dengan kegemilangan filem arahan Yusof Haslam pada tahun 1990an dulu. Cuma, Syamsul membawa genre yang berbeza semestinya diminati oleh generasi sekarang. Aku juga berkongsi pendapat dengan Datuk Yusof, tidak ada sebab untuk Syamsul untuk meninggalkan Skop Production. Harap ini semuanya hanyalah khabar angin.


Sekian,

1 comment:

nicko said...

die nk bt skip production plak la tu..kne ngn ayah die skop die skip

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget