Friday, February 24, 2012
Kenali 7 Golongan Pengguna iPhone
Selama hampir lima tahun berada pasaran gajet-gajet terhebat sedunia, iPhone keluaran syarikat gergasi teknologi terkemuka Apple Corporation telah mencetuskan fenomena tahap demam kepialu di kalangan para peminat gajet savvy di dunia ini. Jika dahulu di awal kemunculannya, smartphone serba hebat ini dimiliki oleh golongan berada yang sudah berkejaya gaji 4 angka sahaja tetapi kini penggunanya tidak lagi mengira latarbelakang baik yang sudah berkerjaya, suri rumah mahupun pelajar IPT yang hanya mengharapkan duit biasiswa, duit kiriman mak bapak dari kampung atau kerja part-time di fast-food outlet dan kedai pakaian.
Begitulah hebatnya penangan fenomena yang dicetuskan hasil brainchild sorang genius teknologi dan marketing, Steve Jobs kepada segenap masyarakat dunia pada hari ini. Legasi yang ditinggalkan beliau sepanjang hayatnya amat bermakna kepada para pengguna gajet canggih ini. Secara jujurnya, aku ni bukanlah pengguna iPhone ataupun mana-mana smartphone pun. Selama ni aku setakat try-try pinjam pakai iPhone 4 kakak aku punye jer beb dan mungkin satu hari nanti jika takde aral melintang insyallah aku nak angkat sebijik smartphone (jenama apa biarlah rahsia). Tapi sepanjang aku bergelumang dalam kehidupan moden dan memerhatikan orang-orang di sekeliling aku, sedikit sebanyak aku mengenali jenis-jenis pengguna smartphone terutamanya iPhone ni cuma aku sedikit payah nak perjelaskan melalui kata-kata.
Baru tadi masa surfing internet guna iPad aku terjumpa infografik menarik pasal 7 jenis pengguna iPhone nih. So, kepada korang yang menggunakan iPhone sila-silalah buat pengakuan korang sebenarnya tergolong dalam jenis yang mana satu. He he he
SUMBER
Shacklesmith : Kalau aku jugak sorang pengguna iPhone agak-agak puak tang mana pulak yang tergolong? Hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment