Korang semua tentu masih ingat lagi insiden bulan sudah dimana sorang news anchorwoman TV3 tersasul menyebut nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'Datuk Seri Anwar Ibrahim' yang mana pula merupakan ketua pembangkang parlimen Malaysia. Insiden itu kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai terutamanya di kalangan pengguna internet lebih-lebih lagi dari kelompok penyokong pembangkang. Ada yang mengatakan ini adalah petanda kononnya Anwar bakal memegang tampuk pemerintahan di Putrajaya, tidak kurang pula mulut-mulut longkang yang mendakwa kononnya pembaca berita TV3 berkenaan menyokong ketua pembangkang tersebut dalam diam.
Tapi lain pula bloopers satu lagi ni, kalau yang berlaku bulan sudah mungkin membuatkan sesetengah pihak tersenyum. Kali ini mungkin melibatkan keseluruhan kaum lelaki yang mendengarnya. Bukan saja Perdana Menteri akan marah bahkan dengan Ketua Pembangkang sekali akan naik sheikh dibuatnya akibat keterlanjuran mulut news anchor berkenaan!.
Err, cuma satu persoalan. Betul ke 'orang tu' akan marah? Bukan sebaliknya ker hah?. Awatnya, satu dunia dah tengok barang hang tu tau no!
No comments:
Post a Comment