Wednesday, February 29, 2012

Rahsia Disebalik Tahun Lompat



Kata orang, sesiapa yang dilahirkan pada tarikh 29 Februari ni agak kurang bernasib baik kerana tak berpeluang meraikan hari jadi mereka setiap tahun seperti mereka-mereka yang dilahirkan pada tarikh yang lain. Berbeza dengan orang lain, keistimewaan bagi yang lahir pada 29 Februari ini adalah usia mereka hanya meningkat sekali dalam tempoh empat tahun saja! Meskipun begitu, secara biologinya usia mereka tetap membesar seperti insan biasa yang lain.


Sempena 29 Februari ini jom kita ikuti video mengenai rahsia disebalik tahun lompat mengikut perspektif saintifik tentang mengapa fenomena unik ini berlaku. Jom kita ikutinya!




Shacklesmith : Nantikan kemunculan filem 29 Februari lakonan Remy Ishak. Filem arahan Edry Abdul Halim ini mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Budi yang dilahirkan pada tahun 1892. Sebagai seorang anak kelahiran tahun lompat yang tidak cepat 'dimamah usia'. Beliau sempat melalui setiap peristiwa bersejarah di negara ini dari era kolonial sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tragedi hitam 13 Mei. Filem bercorak 'historical period' yang menelan belanja sebanyak RM3 juta ini dihasilkan menggunakan kesan khasimej janaan komputer.



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget