Wednesday, February 22, 2012

Pulau - Drama Menarik Terbaru TV9


Bila aku menonton trailer preview drama terbaru yang disiarkan di TV9 malam semalam sedikit sebanyak mengingatkan aku dengan siri thriller 'Lost' channel AXN yang amat popular sejak zaman sekolah aku dulu lagi (walaupun aku tak pernah follow). Apatahlagi kemungkinan feeling ala 'Lost' ni disebabkan kedua drama ini berkongsi genre yang sama iaitu mystery thriller dan mengambil latar sebuah pulau terpencil di tengah lautan.

Siri ini mengisahkan sekumpulan peserta sebuah pertandingan yang telah memenangi hadiah lawatan ke sebuah pulau misteri bernama pulau Sanggar. Mereka begitu teruja sehingga bot yang membawa mereka telah hilang arah kerana cuaca berkabus dan mengalami kemalangan. Yang terselamat terpaksa hidup dengan satu sama lain di pulau misteri, sebuah dunia baru yang merbahaya yang menimbulkan ancaman. Seorang demi seorang dari mereka mati dibunuh dengan kejam. Terungkaikah misteri pulau tersebut dan siapa pula yang menjadi pembunuh? Sebahagian daripada mereka pula menyimpan berbagai rahsia.


Drama yang bakal bersiaran mulai Rabu malam pada jam 10.30pm ini menampilkan para pelakon yang tidak kurang hebat dan juga dikenali ramai di antaranya Sharifah Amani, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Muniff Isa, Noorkhiriah, Suffian Mohammad. Siri sebanyak 8 episod ini diarahkan oleh  Aiza Azmal Yusof.


So, kepada korang semua selamat menonton dan enjoy melayan siri ini. Bagi aku kombinasi Nani dengan Bront memang tidak pernah menghampakan sejak drama Sindarela lagi. Cuma sekadar memberi pendapat peribadi, kalau drama disiarkan di channel TV3 rasanya lagi best dan meletup!






Kalau nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh rujuk di SINI

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget