Adakah benar Melayu kita mundur? Yes. Aku akui, memang ramai Melayu mundur. Tetapi, mula mula, aku nak ajak kita lihat gambar di bawah dahulu.
Apabila kita melihat gambar di atas, do we see it as half-full or half-empty? Ya, inilah masalah sebenar kepada persoalan persoalan di atas. Betul, kita melihat, ramai Melayu yang mundur. Tetapi, tiadakah Melayu yang maju? Berapa ramai anak Melayu yang berjaya? Berapa ramai anak Melayu yang sekarang dah duduk menetap di UK, US, Australia, Bahrain, luar negara sana, bekerja dan membina keluarga. Berapa ramai anak Melayu yang kaya duduk dalam Malaysia? Berapa ramai orang Melayu yang pakai BMW, Mercedes, Toyota, Ashton Martin, Austin Power, apa apa lagilah nama kereta mahal mahal. Tiadakah Melayu yang memakai kereta sebegini? (Memakai? Betul ke kosakata ni?) Pergi Shah Alam, berapa banyak rumah orang Melayu yang besar besar?
Benarkah Melayu ditindas di tanah sendiri? Dan mula orang akan menuding, ah, UMNO kroni, makan duit rakyat bla bla. Aku tak nafi, kronisme berlaku di mana mana sahaja. Situasi. Kau ada kereta rosak, adik kau mekanik. Jiran depan rumah kau juga mekanik. Kau nak suruh adik kau atau jiran kau yang baiki? Kalau adik kau baiki, adakah adil sangat untuk jiran kau cakap yang kau mengamalkan budaya kronisme? Aku tidak sokong sepenuhnya kronisme, tetapi tidak juga menafikan ia 100%. Kerana kepercayaan juga memain peranan dalam situasi sebegini.
Dan aku mahu bertanya juga. Berapa ramai orang Melayu yang ramai ramai kaya ini tadi, merupakan kroni UMNO? Orang PAS pun ramai yang kaya kaya aku akui. Jadi, adakah semua Melayu yang kaya ini tadi kroni UMNO? Adakah benar dakwaan Barisan Nasional meminggirkan Melayu di bumi sendiri? Malah, Anwar Ibrahim sendiri kaya. Apa, adakah UMNO tak membela nasib dia sampai dia miskin papa kedana?
Jadi, mengapa persoalan begini masih lagi timbul? Pertama, mari kita lihat dari perspektif half-full glass. Untuk menjadi kaya, atau sekurang kurangnya tidak miskin, someone must make money. And way to make money is, unless you found a tree who grows money on it, is by working. Tak kisahlah kerja makan gaji atau berniaga, pokoknya bekerja. Orang Melayu ini tadi ramai ramai kaya sebab mereka bekerja, ada yang rajin bekerja, ada yang malas, tak kisah, janji, bila bekerja, anda ada duit.
Dan bila anda ada duit, itu pula merupakan tanggungjawab anda untuk mengawal kewangan anda. Maka, ada pula suara lantang berbunyi, ah, kerja macam hamba abdi, tak kaya kaya juga. Hujung bulan kena bayar itu ini, bayar loan PTPTN bla bla, konklusi, kerajaan zalim. Yes, come here. Adakah betul kita meminjam dengan niat untuk tidak membayar semula? Hatta, dalam kewangan Islam, yakni Qardhul Hassan, di mana pinjaman tanpa interest. Pinjaman tanpa interest bermakna anda meminjam tanpa dikenakan bayaran tambahan, still, kau tetap kena bayar hutang pinjaman tadi. Bukannya pinjam dan buat diam tak bayar. Kan? Jadi, tanggungjawab sebagai peminjam, ialah membayar balik pinjaman. Kalau tak mahu bayar, jangan pinjam.
So, macam mana nak belajar kalau tak ambil PTPTN? Yes, aku akui, PTPTN membantu dalam pelajar kita untuk belajar. Tetapi, mari kita lihat semula, berapa ramai antara pelajar kita yang beli handphone menggunakan duit PT tadi? Jadi, benarkan kita betul betul menggunakan PT tadi untuk belajar? Aku sokong kalau beli telefon yang memang betul betul guna untuk convenience, tapi kalau dah sampai beli Blackberry Iphone, makan mewah mewah, hah, lepastu taknak bayar, itu bukan salah kerajaan dah. Aku sendiri, kadang kadang geram juga tengok kawan kawan pakai telefon mahal kita murah saja, tapi kita kena ukur baju di badan sendiri.
Ya, ukur baju di badan sendiri. Ini juga antara permasalahan kita. Hari hari kedengaran suara menggesa kerajaan naikkan gaji, sebab kos kehidupan meningkat dan bla bla. Gaji tak cukup. Kalau gaji tak cukup bang, jangan beli telefon mahal mahal. Jangan beli pakaian mahal mahal. Makan seperti orang yang miskin. Bukan menghina, tetapi, ya, ukur baju di badan sendiri. Gaji sekitar RM2000, tetapi hidup macam orang gaji besar. Hari hari makan luar. Beli kereta murah sahaja. Pokoknya, beli ikut kemampuan dan keperluan kita.
Orang kaya bukan ada duit sikit terus beli mewah. Mereka menapak selangkah selangkah supaya dapat buat simpanan yang besar in order to be rich. Tak kisahlah berapa pun gaji kau, selagi ada keberkatan, dan kau pandai mengawal kewangan, Insyaallah, kau boleh hidup atas duit itu.
So, di mana peranan UMNO tadi dalam memajukan Melayu? Ok, jom kita tengok sama sama. UiTM, kolej kolej kerajaan, hatta sekolah sekolah tadi, siapa yang dirikan? Ok, kita letak ini kerja kerajaan lah, jangan letak UMNO. Dari sekolah ini tadi, kita belajar, jadi pandai, masuk universiti, dan end up, dapat kerja yang bagus. Ada rezeki, dapat kita merasa macam kawan kawan kita bekerja di luar negara dan meningkatkan taraf kehidupan. Kalau tak pandai sangat pun, asal rajin, paling koman dapat kerja kerajaan. So, daripada sekolah sampai ke kerja ni tadi, tak ada langsung ke usaha kerajaan yang membantu kehidupan kita?
Jangan pandang jadi kaya dahulu, tetapi live within your mean.
Ok, now, let us look at the half-empty cup. Melayu kita ramai. Bangsa majoriti dalam Malaysia ini. So, walaupun betul kita da ramai yang kaya, ada juga ramai yang tak kaya. Tetapi, adakah yang tidak sekaya yang kaya ini tadi tak dapat merasa usaha kerajaan tadi? Ya, unless kau tak pergi sekolah dan merempit sahaja kerja, sedikit sebanyak ada usaha kerajaan terkena pada kau. So, kalau aku dah pergi sekolah, kenapa tak kaya kaya juga? Now, that is actually the main problem to us Malays. Mari kita lihat, Cina. Mereka kalau nak dikira, tetap merasa usaha kerajaan, sebab mereka pergi sekolah dan sebagainya, tetapi usaha mereka sendiri juga sama hebat. Mereka masing masing ada rasa perlu untuk memajukan diri sendiri. Sebab itu, tak pelik kita lihat ramai Cina yang kaya. Ada tak Cina yang miskin? Ada juga. Tetapi, mereka ini tadi lebih banyak berusaha untuk memajukan diri. Kalau ibu bapa Cina itu tadi miskin, mereka akan pastikan anak mereka belajar pandai supaya dapat jadi kaya in the future.
Tetapi, adakah perkara yang sama berlaku kepada kita Melayu? TIDAK!!! Contoh, ambil satu. FELDA. Berapa ramai orang Melayu yang diberi tanah oleh kerajaan untuk diusahakan dan memajukan diri mereka? Ramai. Ratus ribu. Ada tanah, ada lah rumah walaupun tak besar, dan boleh lah sikit sikit hidup. Tetapi, adakah anak mereka pula bekerja sama kuat dengan ibu bapa tadi? Tidak, sibuk keluar merempit. Aku tak cakap FELDA punya anak sahaja, semua anak Melayu lah. Jadi, bila tak kaya tadi, siapa yang disalahkan? Kerajaan. Sedangkan, usaha mereka sendiri tak segah kata kata mereka. Kalau mahu kaya, bekerja kuatlah!
Adakah Cina cina ini tadi kroni UMNO sampai mereka jadi kaya? Yes, we admit, ada antara mereka dapat tender daripada kerajaan. Tetapi, it is because they strive to get the tender. Buat kerja dan sebagai. Bila orang Melayu, fikir nak tender sahaja, kerjanya kurang nak jalan.
Ya. Pokoknya, kerja. Keluar dari kepompong malas dan berasa selesa, dan mula bekerja. Tak kisahlah kerja apa. Kerja kampung, jaga ayam tanam pokok pun ok. Sebab ramai juga Cina yang kaya kerana menjadi peladang. Jual hasil ladang, dan kayalah. Tapi kena kerja keraslah. Dan live within your mean. Jangan hidup macam orang kaya kalau kita tak kaya. And stop blaming others for your own failure!
Yes, banyak perkara yang kerajaan boleh perbaiki untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk rakyat, tapi kita rakyat mestilah first berikan yang terbaik untuk kehidupan kita sendiri. Kalau hidup asyik pergi kedai kopi main dam, dan tiba tiba salahkan kerajaan sebab kau sengsara di tanah sendiri, kau perlu tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Lepastu, asyik mengharapkan subsidi kerajaan sahaja. Cina tidak mendapat subsidi seperti yang Melayu dapat, tetapi kenapa mereka lebih berjaya dariada kita? Ya, usaha mereka lebih besar untuk diri mereka berbanding mengharap usaha kerajaan untuk diri mereka.
Ok, garang juga artikel kali ini. Hehe. Bukanlah berniat nak apa, tetapi sebagai satu cabaran untuk kita sama sama memajukan diri.
“Before you blame on the government for not giving what you want, look back at what you have given to the government itself.”
Dipetik dari Pulokdoh.com
No comments:
Post a Comment