Monday, May 30, 2011

KES VIDEO GHAIRAH - Gambit bagi 'Penjelasan'

            Akhirnya, setelah video muzik ghairah yang diarahkan beliau menerima kecaman hebat dari ramai penonton khususnya di ruangan blog, forum, facebook dan twitter di Malaysia. Akhirnya Gambit Saifullah tampil memberi penjelasan yang boleh dikatakan agak tak berapa 'jelas' langsung. Ikuti penjelasan beliau di laman blog terkemuka Beautifulnara sekiranya anda belum lagi membaca dan jangan lupa juga jawapan saya terhadap penjelasan beliau itu di blog ini.


Mungkin dengan nada yang sedikit tercungap beliau memulakan penjelasan ini

1)Utk memendekkan cerita,i x kan comment benda yg x berkaitan dgn MV ni. gejala2 sosial kat luar sana ke, rasuah, politik yg melanda ke, penonton2 yg hipokrit ke….i will not comment on that. just purely about shooting this video, thats it.


Well bro, takde sapa suruh anda bincang pasal kes sosial, rasuah ke, politik ke or all sort of UMNO, PAS and PKR shit or whatsoever yang berkaitan dengannya. Lainlah, kalau anda beri penjelasan kepada Pak Lebai bulan mengambang. For sure dorang akan cuba kaitkan pasal politicking. Hanya nak sebab nak menunjukkan mereka lebih 'Islamik'. People wanted to know about the video's, so please gave us a direct EXPLANATION!!!.



2)i will start.
mmg byk yg I kurang puas hati bila shoot this MV, energy level performance, my tight shot, wardrobe, makeup & etc but mmg last min & everybody EVERYBODY really works hard for it & i appreciate. Tapi semua ni adalah production problem dan u all x perlu tau. Mmg kualiti boleh lebih better, tapi Dgn masa as a main factor dari masa shoot till editing & juga masalah lain, we will try better next time. Everybody tried their best & i really appreciate that.
Yelah bro, saya faham nak mengarahkan music video sebegini bukan suatu kerja mudah. Masalah pekerja, logistik dan masa tu semua perkara lumrah dalam setiap produksi. Soal kualiti semua bergantung kepada effort's yang dicurahkan oleh setiap tenaga kerja yang komited menjalankan tugas masing-masing sebagai team. Jadi itu semua sifatkan sebagai masalah biasa. Tapi apa yang kami mahu tahu adalah apa INTENTION anda mengarahkan music sampai ke tahap begini??!! Please tell us bro!!.

3) The Storyline.
cerita dia mudah, pasangan suami isteri yg pada mulanya kita establish seperti ada masalah keluarga-nak divorce ke, x brapa nak ckp with each other ke. tapi sebenarnya mereka hanya bermain ego diantara satu sama lain. Jual mahal etc. Itu adalah cara pasangan ini bermain cinta antara mereka, Green screen adalah bayangan mimpi perempuan itu.
Okay, we get your story clearly. Tapi apa yang jadi persoalan buat kami lagi. Kenapa perlu memaparkan adegan seksi tahap panas begini?. Kenapa perlu ditonjolkan keghairahan isteri yang gersang menyambut suaminya pulang ke rumah dalam keadaan lesu sehingga terpaksa suami untuk melayaninya seperti ditetapkan dalam hukum batin hubungan sesama suami isteri?. Adakah kita berada di Amerika, Jepun atau paling kureng sekali Thailand dan Filipina sehingga terpaksa untuk memaparkan adegan panas sebegini?. Adat resam kaum majoriti menjaga sopan santun. Bukankah termaktub dalam ikrar yang kita baca masa sekolah dulu. 'Kesopanan dan Kesusilaan'.

4)This is a short story for u, i malas nak explain panjang2.
Soalan saya,
saya nak tau, apa salahnya video yg ditunjuk kasih sayang suami isteri ni, bukannya ada adegan cium ke, raba2 ke etc…. yg korang nak jadi isu sgt. x de niat saya nak buat kontroversi. Hanya nak paparkan mainnan ego kasih sayang mereka. Tak brapa nak jadi tu productions problem, korang x perlu nak masuk campur.
Isunya sebab ade Shahz Jaszle? Gambit Saifullah direct? pasal tu? x de pon cium2, raba2…. knapa crita anu dlm botol ade pasangan Gay main dlm scene ok plak? nampak anu dlm botol ok plak? cerita isteri&…. ade adegan sekian ok plak? mereka hanya memaparkan lakonan cerita. Sama juga saya, bukannya ade kissing ke, raba ke….
please explain.

Okaylah, kalau itu yang saudara nak cuba jelaskan. Kami faham, saudara Gambit cuba nak menegakkan benang yang basah tu sendiri. Filem Anu Dalam Botol tu pun dah sedia maklum menimbulkan kontroversi tapi penerbit dia cakap tu filem 'dakwah'. Jadi pengarah ada sebab nyata kenapa perlu paparkan semua tu. Oh ya,  saudara cakap ianya bertujuan untuk memaparkan hubungan suami-isteri. Kami dah faham apa INTENTION sebenar saudara akan hal ini. Memang takde cium, memang takde raba-raba (Ye ke bro?, atau saudara terlepas pandang). Tapi kenapa perlu tarian ghairah siap dengan selak bath robe lagi untuk menampakkan pakaian tidur wanita yang singkat tu dan siap baring atas lantai semua?. Lagi satu kalau ye pun ianya memaparkan hubungan suami-isteri. Apakah Shah Jaszle dan Prema Yin itu pasangan 'suami-isteri' dalam erti kata sebenar realitinya?. 

Shacklesmith : Kalau macam tu lah, lebih baik tak perlu bagi penjelasan langsung. Seperti kata komentator laman Beautifulnara, penjelasan yang diberikan adalah penjelasan BANGANG!

MELAMPAU!!! Ini Malaysia-lah Brader..


Agak keterlaluan. Mentang-mentanglah Youtube takde censorship untuk video panas sebegini, sedap jer pengarah video ni dok postkan kat situ. Apa dia ingat ni Thailand ke Philippine sampai boleh buat music video panas macam gini. Memanglah aku rasakan video takkan terlepas masuk siaran RTM, Media Prima dan Astro punya tapi fikirkanlah kita ni negara majoriti Islam yang mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Nak jadi macam Indonesia, Lubnan dan Mesir ke yang ditimpa bala sebab menerbitkan bahan-bahan sebegini??!!. Ni video nya dan anda semua renung-renungkanlah dan jangan tengok dengan nafsu.

Tajuk music video tersebut adalah 'Marilah' nyanyian seorang penyanyi yang kurang dikenali iaitu Prema Yin (Juara Who Will Win ntv7 2004). Video ni ade 2 kat Youtube yang menampilkan dua versi bahasa yang berbeza iaitu lagu 'Addicted' yang berbahasa Inggeris. Kedua-dua video tersebut sudah berlegar di Youtube sejak 26 Mei lagi. Yang paling hangat ditonton adalah music video lagu 'Marilah' yang mana jumlah penontonnya mencecah sebanyak 68,436!!!. Walaupun ianya bukan music video yang dinyanyikan oleh penyanyi Melayu dan beragama Islam. Tapi tak perlulah sampai keterlaluan begini. Ini tahap panas melampau beb. Anda semua nak tahu siapa pengarah dia. Ini dia.




Gambit Saifullah. Sungguh tak ku sangka, selama ni aku hanya mengenali dia sebagai seorang pelakon. Tak tahu pulak yang dia ni juga ada bakat sebagai seorang pengarah. Baguslah begitu, alangkah eloknya setiap penggiat seni memiliki kebolehan multi-tasking. Namun alangkah buruknya jikalau bakat itu digunakan untuk benda yang tidak senonoh!. Lagi-lagi benda bukan budaya kita. Bakat tu bakat jugalah bro tapi fikirkanlah sensitiviti orang lain. Selain tukang mengarah, tukang lakon pun lagilah sama menanggungnya. Siapa lagi kalau bukan Shah Jaszle. Pelakon baru yang hangat tu. Bertambah hangat sebab video ni. Aku tengok macam ada pengalaman ajer masa nak memeluk Prema atas sofa tu. Maklumlah dah namanya pelakon kan. Neelofa ada apa komen?. Takkan nak biar ajer. Apa pun tu biarlah Melodi yang uruskan nanti minggu depan. Kalau dia wat derk jugak nak buat macam mana juga kan. 


Shacklesmith : Abang Bob Lokman nak tolong tarbiah kan ke?. Kata dah masuk 'dakwah'. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH (dakwah ke politik bro).



Saturday, May 28, 2011

Kalau Beginilah Jadinya Baik Tak Payah Rujuk Ejen Pembantu Rumah

          Ketika menikmati secawan Hollick panas pada waktu minom petang lalu, aku bagai nak terbeliak bijik mata aku apabila terpandang muka depan akhbar The Star yang bertarikh 28 Mei 2011. "More for maids under new deal" bukanlah tajuk yang membuatkan aku terkejut beruk tapi isi kandungannya yang buat aku mula loya tekak. Kalau anda semua nak tau. Sila baca penuh artikel dari akhbar The Star berkenaan. Aku akan kupaskan mana petikan yang buat aku loya tadi.



         Seperti kita sedia maklum, kualiti pekerja domestik yang diimport dari Indonesia dan Filipina adalah berbeza sama sekali kerana mereka memiliki kepakaran yang tersendiri.Sebagai contoh orang gaji Filipina fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan ini merupakan satu kelebihan kerana majikan mereka rata-rata terdiri daripada kaum Cina dan expatriate Eropah. Rajin juga tiap-tiap petang bawak anjing peliharaan majikan mereka bersiar-siar ambik angin. Memang satu kebiasaanlah dekat kawasan perumahan elit seperti Damansara Height. Aku kalau berjoging mesti terserempak dengan orang gaji Pinay ni. Biasanya, kalau tidak ditemani oleh anak-anak majikan mereka yang berbasikal. Mereka akan berjalan mengikut geng bersama orang gaji jiran kepada majikan mereka yang juga sebangsa dengan mereka. Ada masa mereka bercot-cet dalam bahasa Tagalog dan Cebuano yang tidak kufahami. Memang galak perbualan mereka disertai dengan derai tawa usik-mengusik satu sama lain. Cuma yang membezakan mereka dengan orang gaji warga Indonesia adalah mereka diberi cuti sehari dalam seminggu iaitu di hari Ahad. Cuti tersebut bukan untuk mereka bersuka-ria tapi untuk memudahkan mereka menyertai masses di Gereja kerana mereka adalah penganut Catholic. Namun kita lihat pula apakah tuntutan kerajaan Indonesia mengenai penetapan baru buat pekerja domestik mereka setelah lebih dua tahun dilarang bekerja di Malaysia. Anda tentu masih ingat lagi peristiwa dahulu yang menjadi punca kemelut masalah ini.


"PETALING JAYA: The revised memorandum of understanding (MoU) on the recruitment of Indonesian maids will be inked in Bandung on Monday with them getting one day off a week and being allowed to keep their passport. Their salary is also learnt to be set at a minimum of RM600.
“Domestic helpers will get one day off a week and will get to hold their passports,” Indonesian Labour and Transmigration Ministry director Rostiawati told The Star in an interview yesterday."
          Ya, inilah artikel yang membuatkan aku loya tekak apabila membaca syarat baru yang ditetapkan kerajaan Indonesia buat kerajaan Malaysia demi 'melindungi' pekerja domestik mereka. Sudahlah kualiti kerja mereka tak seberapa, nak dibagi pula cuti sehari dalam seminggu siap dengan dibenarkan memegang passport sendiri pula tu. Apa relevannya?. 
         Apakah perlunya dibagi masa cuti sehari dalam seminggu untuk mereka ini sedangkan tiap-tiap hari mesti ada masa mereka untuk relaks di rumah majikan sambil menonton sinetron Indonesia yang sering dimainkan di rangkaian TV percuma dan berbayar?. Kebiasaannya majikan mereka dikalangan orang Melayu Islam memang ada memberikan mereka day off dalam sebulan untuk memudahkan mereka bertemu sanak saudara (jika adalah) yang juga merantau di Malaysia. Namun begitu, biasanya mereka mempergunakan peluang tersebut untuk bertemu cowok dan seterusnya akan berlakulah satu perhubungan yang terlarang!. Itu baru sebulan sekali, kalau dibagi cuti seminggu mau bertambah seronoklah mereka. Orang gaji Filipina cuti seminggu sekali untuk menunaikan tuntutan agama tapi orang gaji Indonesia cuti seminggu sekali untuk 'sedap-sedap bersama atas kamar dengan syaitan di celah kangkang'.
         Lagi satu yang akan memburukkan keadaan adalah mereka dibenarkan untuk memegang passport mereka sendiri!. Ya, pada tanggapan warga Indonesia itu memang 'gak salah' tapi cuba kalian fikirkan. Siapakah yang membayar passport mereka ketika sebelum mereka sampai ke Malaysia?. Bukankah bakal majikan yang membayar segala tiket penerbangan dan passport semua. Ejen pembantu rumah hanya makan duit upah saja menguruskan segala persiapan kedatangan orang gaji tersebut ke Malaysia sedangkan bakal majikanlah yang membayar yuran latihan, passport dan tiket penerbangan sebagainya. Yang gatal kasi orang gaji pegang sangat buat apa. Senanglah dia nak lari nanti. Yang rugi pun majikan jugak. Kerajaan Indon peduli apa. Kerajaan (menteri) Malaysia jugak yang bacul!.
Nah, yang ini satu lagi yang buat gua panas beb!. Kualiti kerja orang gaji Indon ni bukannya bagus sangat pun tapi kerajaan mereka suruh bayar minimum RM600. Adakah itu termasuk upah tidur, makan percuma dan menonton sinetron Indonesia tatkala masa terluang?. Kalau kerja bagus dan berdisiplin tidak mengapa jugak. Ini ditegur sikit pun tak boleh tapi demand gaji tinggi apa cer bai?!!. Percayalah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia ini mengupah orang gaji Indon ni pun semata-mata nak buat kerja simple ajer seperti jaga anak dan kemas rumah. Bukan kerja berat sampai mati yang disuruh majikan bangsa lain!. Nak kena pun sorrylah beb, majikan Melayu la yang paling banyak bagi muka berbanding majikan Cina. Sebab kesian satu agama dan serumpun.
Sebelum anda semua berhasrat nak ambil orang gaji Indon sila tengok video ini dulu dan buat penilaian. Jangan tersilap langkah!!!

Shacklesmith : Kalau orang Cina banyak pilihan sama ada nak ambil Filipina atau Vietnam. Tapi orang Melayu takde pilihan dah. Nampak gayanya kenalah ambil Indon jugak. Kalau lari, biarlah duit tu burn begitu saja.



Friday, May 27, 2011

Waduh!! Sama Tapi Tak Serupa

        Banyak benda yang kita lihat di dunia nampak serupa tapi hakikat tidak pun. Apa tak nya, setakat luaran jer yang nampak sama tapi dalaman lain-lain. Memang sama tapi tak serupa langsung kan. Kadang-kadang persamaan tu terjadi secara kebetulan dan kadangkalanya mungkin disengajakan. Walaubagaimanapun semua nya bergantung pada niat 'orang' yang melakukannya. Ingat, Shacklesmith bukan bercakap pasal kejadian alam semua tapi pasal video klip yang aku jumpa kat Youtube ni. Diminta anda semua yang bertandang di blog ini menonton dan menilainya. Dua buah lagu yang wajib dinyanyikan tatkala berkaraoke bersama orang tersayang :)


       Aku sedar kewujudan lagu tu masa menemankan member berkaraoke di sebuah premis di Taman Maluri selepas makan tengah seminggu sebelum peperiksaan akhir lebih sebulan yang lalu. Masa tu boleh dikirakan gua first time la melalak kat dalam tu walaupun dengan suara yang tak seberapa merdu nih. Berbalik pasal lagu ni pulak berkisar mengenai kebosanan dan kegersangan tidak dilayan kekasih tersayang. Waduh! kok bete ngapain gak cari aja yang lain  dong?. Haha, bukankah tabiat cewek disana suka bertukar-tukar pacar gitu kan. Cara nyanyian dalam klip video tu pun aku tengok menggoda habis. Cair sapa-sapa jantan yang menengok nie. Konfem pakcik-pakcik dato-dato semua tempah bilik kat Pulau Batam 7 hari 7 malam semata-mata nak 'bermesra-mesraan' bersama cewek-cewek ini. KAH KAH KAH KAH KAH!!! Yang ini lagi satu klip video gua taruk, lagu sama jugak tapi dinyanyikan dengan loghat yang berbeza. 


        Video ni aku dah ketahui kewujudannya lama jugak lah. Ketika sibuk orang dok pertikai betul ke negeri tu betul-betul mengamalkan gaya pemerintahan 'Isle'. Nak dijadikan cerita klip video ini dijadikan penilai apakah kebenaran tersebut. Lenggok suara Mek-mek yang menyanyi dalam lagu dangdut ni memang menggoda tapi dalam bab tarian 'meme serupo menate beruk!'. Kalau Tok Guru tengok mau tak tercabutlah serban dan kopiah dia termasuklah macai-macai awe-awe pengampu yang tutup muka lepas tu bukak sekejap sebab nak tengok peha ayam KFC yang gebu-gebu tu. Sumpah gila kelakar lah beb, aku tengok video klip ini berkali-kali pun udah tak tertahanlah nak tergelak sampai berguling-guling dibuatnya. Kalau korang tengok komen-komen video ni kat Youtube memang mengundang kutukan yang pedas-pedas. Yelah, udahlah menyakitkan mata orang yang memandang. Yang tak sedapnya, betulkah mereka ini menumpang nama Dikir Barat?. Aduyai, come on lah. Apa kena mengena Dikir Barat dengan menari tertonggeng ni?. Jangan rosakkan budaya lah. Ni memang sah-sah Dangdung dan bukan Dikir Barat. Cuma penyanyinya aje yang ada background Dikir Barat. Tapi walau apapun jangan kaitkan si gemuk yang memakai baju ketat menari terkinja-kinja ni  dengan Dikir Barat!. Jauh langit dengan bumi. Kalau betul demo ni asal Siam nak mencari glamer kat M'sia. Lagi bagus suruh SB tembak celako ni sekor-sekor. Molek gitu doh!! Huhuhu :D

Shacklesmith : Jangan bosan-bosan wahai cik adik

Monday, May 23, 2011

Sentuh Politik Sat N0 : Suara Anak Muda 1

       Assalamualaikum pembaca setia Kerambit Assassin's semua. Sudah lama rasanya tak menyentuh bab berpolitik ni. Rindu pula aku nak masuk kat dalam hal yang tak seberapa diminati oleh golongan muda yang tak suka masuk campur hal tepi kain UMNO dan PAS ni. Kepada totok-totok muda pro mahasiswa dan aspirasi sekalian kenapa aku cakap majoriti anak muda tak suda berpolitik janganlah pulak korang melenting. Ikut pemerhatian akulah kebanyakan pelajar especially IPTS memang takkan ambil pot sangat dalam hal politik kecuali kalau dah dihasut lecture ataupun mak bapak. Aku cakap betul ni berdasarkan pemerhatian aku. Bukan apa, IPTS yang aku belajar ni mana ada set-set PRO ASPIRASI dan MAHASISWA semua. Tu semua hanya terhad pada IPTA jer dan aku harap tak payahlah nak bawak masuk kat private learning institution. Buek somak yo eh.

       Berbalik kepada poin yang aku nak cakapkan kat korang semua. Pasal politiklah atau lebih tepat siasah golongan belia, dan jugak pemikiran generasi Y yang akan mencorak masa depan politik negara akan datang. Seperti kita sedia maklum, golongan muda adalah berdarah panas dan bersikap pemberontak. Apa saja akan dibangkang, sampai mak bapak pun sanggup dilawannya sebab tak sependapat. Boleh dikatakan golongan mudalah penggerak utama gerakan anti establishment. Tidak dinafikan belia atau lebih tepat sekali golongan muda adalah ejen yang paling mudah digunakan dalam menjalan agenda dan propaganda politik. Sejarah dah membuktikan dah, tengok saja bagaimana  Vladimir Lenin kepala bapak komunis termasyhur sedunia mempergunakan golongan muda untuk menjatuhkan Maharaja Russia. Antara kata keramat beliau yang masih dipegang oleh golongan sosialis muda sehingga ke hari ini adalah "Give me just one generation of youth, and I'll transform the whole world". Begitu besar sungguh jasa golongan muda dalam menggerakkan agenda politik sesebuah organisasi. 

      Perkara yang sama juga dilakukan oleh Mao Tze-Dong yang telah mengeksploitasi darah panas yang membuak-buak golongan muda ketika Revolusi Budaya China ketika tahun 1960an dulu. Atas nama 'revolusi budaya', habis segala warisan tinggalan datuk nenek diranapkan sampai ke tahap kritikal boleh lupa asal-usul dibuatnya. Dahsyat bukan darah panas anak muda?. Semua sanggup dilakukan kerana ideologi. Apa-apa saja adalah mungkin demi memperjuangkan ideologi. Kalau bertentangan dengan ideologi, hapuskan saja sehingga lumat dan hancur lebur dari muka bumi!. Fahaman komunisme memang merupakan satu fahaman yang berpegang teguh kepada ideologi akibat ketiadaan sikap keimanan terhadap Tuhan. Akibat tiada Tuhan untuk disembah, maka dibuatlah patung pemimpin mereka besar-sebesarnya depan plaza untuk 'disembah' rakyat jelata. Ideologi berpunca dari pegangan agama, kalau kuat pegangan agama. Maka kuatlah ideologi beragamanya. Tapi kalau kuat pegangan ateisme tu, kuatlah ideologi ateismenya.

    Itu baru kat luar negeri, bagaimana pula kat negara kita pulak?. Dekat seberang, anak bangsa mereka tak kira muda hingga tua gayut sekalipun amat kuat berpegang dengan ideologi Pancasila mereka sehingga sanggup membunuh saudara seagama dan serumpun iaitu kita sendiri. Ingat peristiwa tarian pundek bali dan rasa sayang hey dulu, akibat terlalu taksub menggila dengan Sang Saka Merah Putih. Kita yang sedarah dengan mereka pun dibenci ke tahap selesema babi. Tapi bagaimana pulak dengan kita?, apakah kelebihan kita sebagai anak dalam ideologi berpolitik?. Adakah bersifat konstruktif atau destruktif. Jom kita lihat senario politik yang melanda golongan muda di negara Malaysia. Patriotikkah mereka dalam berpolitik?.

       Kalau nak dibandingkan golongan belia kita dengan yang dari luar memanglah bagai langit dengan bumi. Mana tidaknya, golongan muda kat Malaysia ni lebih suka mengangkat bendera parti politik dari bendera negara sendiri. Tak ke menjengkel kan ke tu?. Yang mana satu maruah depa, bendera parti ke negara?. Apa kalau parti politik yang mereka sokong tu menang, oleh itu bendera kebangsaan akan digantikan dengan bendera parti politik dorang tu lah?. Wah, ini semacam Hitler ajer dengan bendera Nazi-nya. Aku bagi contohlah, bendera Bulan punyalah dijulang lagi tinggi dari Jalur Gemilang. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu, sedangkan PRU pun punyalah lambat lagi. Itu bab politik, kalau bab sukan pulak bendera pasukan pula yang dijulang dengan memakai T-shirt pasukan kegemaran tu.  Dalam pada masa yang sama, ada jugak bersikap 'patriotik'. Iaitu mereka-mereka yang membawa bendera merah dan bersorak 'Red Warrior' dengan girang dan penuh bangga. Tapi Shacklesmith tengok, patriotisme mereka adalah bersikap lokal dan kenegerian. Bukannya satu negara punya patriotisme pun. Kalo hok nie tak po jugok!

      Berbalik kepada bab politik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemerintah dan pembangkang. Mengikut pandangan mereka yang pro kepada pembangkang. Situasi masa kini memperlihatkan bahawa golongan muda lebih terarah kepada pro pembangkang. Benarkah begitu?, adakah golongan muda di negara ini menjadi penentang tegar kerajaan. Shacklesmith akan ulas nanti, jangan risau.





     

Wednesday, May 18, 2011

Gula naik 20sen Tapi Yang Ni KONFEM BOLEH NAIK PUNYA!!!

Ikutkan hati aku, sepatutnya aku dah post dua posting blog masa hari Khamis lepas. Tapi disebabkan masalah blogger.com tak boleh dibukak aritu memang siot ar beb. Nasib baik aku sempat siapkan last artikel tu, kalau tidak tak keluar lah cerita pasal K-Pop tu Khamis sudah. Sebenarnya aku bercadang nak dua artikel berkaitan K-Pop Malaysia. Jadi, posting berkaitan boy band K-Pop Malaysia dah sempat dipostkan cuma yang pasal grup pompuan pulak yang tak di blog kan lagi.

Sebenarnya aku sedar akan kewujudan girl band ni semenjak lewat bulan sudah dulu. Cuma, masa tu aku malas nak ambil pusing. Maklumlah aku ni bukan peminat K-Pop seperti gadis-gadis dan anak muda di luar sana. Aku tak layanlah tengok mamat-mamat Korea jambu yang tak tertumbuh bulu dada hatta bulu ketiak sekali pun. Geli gelemen den dibueknyo. Malu sebagai orang laki pun ader!. Apa genre muzik yang aku minat?. Aku korang akan tahu jika korang follow blog aku next time. Jangan risau anda akan tahu jugak suatu hari nanti.

Hah, okeylah berbalik kepada topik yang aku nak diskuskan nieh. Apa kaitannya K-Pop dengan gula yang baru naik 20 sen ni?. Gula ada macam-macam jenis. Gula pasir, gula kiub, dan gula melaka. Begitu jugak dengan kegunaannya seperti membancuh kopi, teh dan juga menambahkan kemanisan kuih-muih. Cakap pasal manis pulak, yang manis-manis dipanggil 'Gula-Gula'.. Rasa-rasa korang dah dengar punya, cuma belum dengar pandangan Tuan Shacklesmith lagi. Tak lain dan tak bukan, inilah 'Gula-Gula' yang aku nak story kat korang ni!.


Yeah, inilah yang aku nak story kan kat korang ni hah. Sekali tengok macam WonderGirl's, dua kali tengok bukan pulak sebab mata depa tak juling. Inilah 'Gula' yang aku cakapkan tu, kumpulan Gula-Gula yang dianggotai oleh enam orang awekz-awekz yg sweet macam gula-gula (sweet ke??). Memandangkan harga gula pun da meningkat di pasaran. Aku rasa dorang pun boleh naik jugak kot. Yelah, cuba korang tengok pic bawah nie. Memang akan naik punya!. Pergh! gaya cenggini memang tak boleh belah beb..


Tengok skirt depa, semua tayang drumstick (bukan Kak Fafau punya!). Mana tak akan naik jadinya!, boleh kalah Mek Rosalinda and the geng dibuatnya. Peha punya mantap macam ayam KFC punya woh, korang semua tengok mesti geram kan. Lagi kalau tengah 'lapar'. Peha awek Korea yang real pun tak macam depa, panjang tapi yang ni berisi sikit. Sape tak geram dibuatnya. GULA YANG INI KONFEM BOLEH NAIK PUNYA BRO!!!. Tak payah Gomen susah-susah tarik balik subsidi pun tetap akan naik jugak. Taukeh gula pandang sekali pun harganya konfem akan naik.


Gambar yang kat atas tu aku printscreen dari video preview depa kat youtube. Siap buat booty shake lagi, mana tak 'naik' dibuatnya. Haish, konfem akan naik dengan peha ayam KFC yang lebih mantap dari awek Korea. Mereka akan mencetuskan fenomena naik 1Malaysia!. Bukan setakat di Malaysia tapi sampai ke Korea pun boleh! (tak tau lah bole diterima ke agaknya kat sana nanti). Biar Korean guy macam ni pun akan ternaik sekali angkara Gula-Gula dari Malaysia ini.


Haha, udah-udahler tu ceria pasal naik. Sat lagi ade orang salah paham pulak apa yang 'naik'nya tu. Kalau lelaki yang baca takpe. Persoalaan naik tu mungkin berkaitan tentang populariti. Adakah mereka akan naik dengan meniru gaya artis Korea macam WonderGirl's ngan SNSD?. Kes ciplak menciplak bukan perkara baru dalam industri muzik kita tapi dah banyak kali dah. Awek Korea boleh lah pakai skirt pendek-pendek sebab depa lagi tinggi lampai tapi awek kita yang rendah-rendah dan berpeha gebu sesuai ke?. Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih dah. Agak lucu dibuatnyer beb. Dalam group ni ade jugak yang comey-comey macam Achie ngan Rara nih. Memang untonglah sapa jadi balak dorang kan, peha gebu tu jadi aset penting bila dah kawin kelak nanti.  Setakat peha dorang, gebu lagi peha anak buah aku. KAH KAH KAH KAH KAH. Just joking jer, apa saja aku taruk gambar dorang sebab nampak innocent. Sweet, memang macam 'Gula-gula' gitu kan?. :)

Cakap pasal awek Korea, seperti kita sedia maklum memang depa ni bukan real sangat pun tapi plastik!. Botched sana sini, nak kepastian silalah jenguk ke SINI, SINI dan SINI. Adakah depa pun berani nak buat macam awek-awek Korea tu jugak?. Walahualam, aku rasa tak perlulah sebab memang tu anugerah Tuhan so buat apa nak ubah kan. Udahler tayang-tayang peha, dah diubah kang bertambah bala pulak. Adess. Apa pun akibat keberanian depa nak ikut Korea sampai dibenci oleh sebilangan besar golongan muda di Malaysia ni memanglah mengejutkan. Berani mati tu beb.


Dear haters, we love u'ols! -admin
01 May at 20:59


Tengoklah video kat bawah ni, so damn hilarious. 



Shacklesmith : Dey macha! Ini belakang pun plastik juga ka...? (Park Hyun-Sun.. hehehe)



Thursday, May 12, 2011

Oh K-Pop.. Ehh, bukan bro.. M-Pop lah.. Whatever

Ikutkan aku dah lama nak buat posting ni semenjak awal bulan, tapi disebabkan tekanan final project yang melarat bagai nak gila tahap gaban sebab buat itu ini tapi tak menjadi. Mujurlah classmate aku pi tolong aku siapkan, kalau tak. Meranalah aku kena repeat satu semester lagi. La ni, tinggal nak siapkan report ajer. Aduhai, hidup aku memang livin la vida loca, korang pun begitu jugak kan?. Hmm, Tak tahulah. Walahualam.

Ni cheq nak habaq mai kat hangpa, awal bulan ni gempak dengan kemunculan kumpulan yang membawa genre K-Pop. Kalau depa dari Korea memang gua tak heran beb. Tapi, orang kita jugak bai. Kata bawak irama K-Pop, but aku musykil bukan ke genre K-pop tu bermaksud muzik R n B, dance, bubble gum pop dan hip-hop dari Korea??. Hmm, pelik gak. Apa deme semua ni nyanyi dalam bahasa Korea ke..? Sama-sama kita terjah.

Seperti aku cakapkan masa posting yang lalu, ramai anak-anak gadis di Malaysia mengalami demam K-Pop tahap gaban. Sebut ajer kumpulan macam SHInee, Beast, 2PM dan macam-macam lagilah, mesti naik gila deme semua dibuatnyer. Tapi aku tak nafikan bukan setakat budak perempuan jer yang minat, budak lelaki pun 2 x 5. Nak tengok buktinya, nah. Buat group boy-band pun ambik konsep K-Pop jugak.


Mak aihh, ramai giler member's bai!, lagu yang dipasang mesti lama giler kan sebab nak kasi sorang-sorang nyanyi. Mungkin sorang jer yang nyanyi and then yang lelain tu jadi backing vocalist ajer. Tapi berkenaan dengan style's, memang akan invite kutukan dari orang yang menyampah. Gila berani sungguh deme ni bab!!

Ini petikan dari Suterabloggers, "Bagi diorang muka apa yang diorang pakai ni nampak stylo sebab tu diorang takde rasa malu tapi bagi saya yang berjiwa ganas ni gaya diorang ni dah rupa macam bapok Jalan Chow Kitt.  Apa rumah diorang dah takde cermin ke sampai nak memalukan diri sendiri macam ni.  Saya rasa photographer ni pun lepas amik gambar muntah dua hari beb." Pedas kan beb?, tulah kita kena cari identiti sendiri. Tak payah nak ikut sangat yang dari luar tu.

Ini satu lagi kutukan yang pedas dari blog terbangtinggitinggi, sampai gambarnya pun diedit dengan penuh rasa meluat. Aduyai, dah macam blog politik pun ada. Melayu oh Melayu, kalau bab mengutuk, mengeji ngan mencaci memang bab nombor satu!. Udahler kalau bukak page KBSB ngan APC tu penuh dengan kutukan, tu belum campur lagi yang bab artis lagi.



Tengok sampai ke tahap gitu sekali, memang berani mati betul lah depa ni sampai sanggup tayang body. Aku bukan nak kata apalah beb, kalau jantan Korea tu memanglah panas sebab rata-rata body jambu tak berbulu, yang kita ni lelaki Melayu tak payahlah dok heboh pi ikut deme. Memang tak pasal-pasal lah jadi cam gini. Tak tahulah pe nak jadi, gerenti panas jadi bahan gosip kat dalam Melodi satu hari nanti!. Kita tunggu jer, zaassss!!!

Shacklesmith : Perasan kat sebelah kanan pic yang last tu aku teringat budak satu rumah aku, si Wan dari Langkawi, Kedah.  Memang sejibik muka dia lah. Lama tak kontek dia bai semenjak dia berhenti kolej dua tahun sudah. Cayalah hang malas nak belajaq, jadi penyanyi pulak hang n0. :D :D :D 

Monday, May 9, 2011

Apa Yang Lelaki Tahu Apabila Menggunakan Social Networking?

Dalam era globalisasi yang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi ini, adalah tak sah sekiranya seseorang itu tidak memiliki sekurang-kurang satu akaun Facebook. Malahan, sekiranya didapati seseorang itu didapati tidak memiliki sebarang akaun Myspace, Tagged ataupun Facebook maka mulalah dicap sebarang katak bawah tempurung dan pelbagai lagi kata-kata penuh penghinaan untuk merendah-rendahkan sipolan yang tak minat untuk melayan ruangan sosial maya ini.

Fenomena yang bermula semenjak kebangkitan Myspace dan Friendster pada tahun 2003 lalu telah banyak mengubah cara kita berkomunikasi dan mencari rakan-rakan baru. Yang paling terkesan den gan revolusi komunikasi dalam talian ini adalah kaum hawa yang saban hari tak sah kalau tak bukak Facebook dalam sehari.
Ada saja yang digosipkan dalam laman tersebut bersama rakan-rakan taulan. Belum campur lagi meluahkan rasa cinta yang teramat sangat pada kekasih hati. Perempuan yang belum kahwin ke dah kahwin pun sama ajer. Dua-dua gila Facebook. Ini fakta, jangan marah ye wahai akak-akak dan cik adik semua.

Tu baru kaum perempuan, bagaimana pulak dengan kaum lelaki?. Shacklesmith pun masih tertanya-tanya apa signifikannya laman ruangan sosial ini semua. Maklumlah, untuk pengetahuan Shacklesmith pun baru berjinak dengan semua semenjak mula belajar di kolej pada tahun 2008 dulu. Itupun kengkawan yang mengajar, katanya senang nak cari kawan. Teman pun tak tau ler bagaimana. Dulu masa zaman sekolah bukan tak reti nak bukak akaun, cuma tak berminat. Sebab yelah kan, Shacklesmith ni budak Damansara. Bukak pun meluat sampai terloya tengok perangai Melayu-melayu yang perasan bajet macam orang putih. Maklumlah, kawasan situ elites area. Melayu dari luar pun tahu tak utara selatan dan pantai timur barat pun tahu bagaimana perangai Melayu Damansara.

Shacklesmith tak boleh nak nafikan betapa ruangan sosial begini boleh mengurangkan rasa malu seseorang lelaki untuk berdepan dan berkawan dengan perempuan tambahan lagi jikalau lelaki itu seorang jejaka pemalu. Shacklesmith sendiri mengaku bahawa lebih senang nak dapat kawan perempuan dari kaedah social networking berbanding real life. Yelah, Shacklesmith ni jejaka pemalu jugak orangnya. Tak dinafikan ramai yang bertemu jodoh melalui cara ini di serata dunia. Shacklesmith pun tak tau cara mana jodoh nak datang pun tak tahu. Walahualam,

Baiklah, Shacklesmith nak bagaimana cara lelaki-lelaki ini menegur perempuan dalam ruangan rangkaian sosial. Anda akan lihat bagaimana reaksi perempuan-perempuan ini terhadap lelaki-lelaki yang mereka kenali di ruang itu. Tak dinafikan walaupun tidak bersua muka, perasaan malu tetap muncul di benak hati lelaki dalam menegur si gadis manis yang mereka idamkan. Ada yang segan, miang dan terdesak pun ada jugak. Sama-sama kita lihat paparan printscreen tersebut.

Tak paham campur terpinga-pinga dan kadangkala lucu jugak tengok si brader yang takde profile tu komen kat wall si gadis berambut panjang itu. Entah apalah mesej yang cuba disampaikannya. Bahasa skema giler habis mungkin sebab nak nampak bahawa bahasanya 'puitis' sampai aku yang baca ni pun jadi tak paham. Mamat tu mungkin memperkatakan tentang kemanisan si gadis bernama Ayu tersebut, tapi aku pelik jugak dalam wall termasuk profile picture takde pun gambar yang menunjukkan senyuman. Aku jadi tertanya-tanya, saudara Marhaen Kacak mungkin ada jawapannya.

Yang ni paling cliche, takde keroje lain asyik nak mengorat je kejenyer anak si Mamat nih. Udahler anakku si Cik Nin pun dihendapnyer sama kata Pak Jabit. Gatai bebenor, kite bako jer kata si Usop Wilcha.

Hak nih paling terdesak bagai nak mampus. Sangap ke apa?, kalau nak gian sangat main bukankah kita disarankan berpuasa?. Sesungguh itu menjauhkan dari zina!. Buat malu kaum lelaki jer sesapa yang suka amek kesempatan nih.

Ini paling TERBAIK sekali. Tulah, asyik nak mengorat awek ajer sampai solat jumaat pun terlupa. Bagus tu ye si cik adik bertudung putih. Tolong kasi remind solat fardhu sekali ye. Mana tau kot-kot dapat calon suami yang beriman :).

Shacklesmith : Hah, begitulah apa aku lihat sepanjang berjinak dengan dunia social networking ini. Macam-macam onar dan duri. Benda ni semua sedikit sebanyak da mengubah aku, macam-macam ragam manusia yang aku kenal. Disamping boleh membezakan perangai awek mengikut keturunan dan negeri asalnya sekali (penting tu, jangan tersilap mencari jodoh. silap haribulan merana).



Saturday, May 7, 2011

Perlukah Nak Naikkan Nama Dengan Cara Begini??

Macam-macam cara dipergunakan oleh penggiat filem tanah air untuk meningkatkan publisiti filem yang bakal mereka keluarkan. Pelbagai caralah nak pakai sama ada mempromosikan filem-filem tersebut melalui suratkabar dan majalah walaupun filem tu tak siap lagi dan belum lulus syarat wajib tayang ataupun menjual nama pelakonnya yang tak seberapa popular malahan tak popular langsung ke merata-rata  media terbitan Utusan, NSTP, Karangkraf dan sebagainya. Usah cakap Dr Rozmey lah, ramai jugak yang begitu tapi setakat suam-suam kuku ajer.

Baru-baru ni aku terbaca dekat laman blog abang Nara dan mak aih punyelah terkejut berok sampai nak tercabut keluar bijik mata aku tengok pendedahan paling berani tahap gaban sebuah produksi filem untuk mempromosikan filem yang bakal mereka keluarkan. Caranya, eksploitasi susuk tubuh badan  heroin filem keluaran mereka. Sesuatu perkara yang cliche dibuat oleh produksi filem luar negara tapi agak melampau buat standard kita yang berpemikiran moden tapi konservatif.


Tuan punya tubuh badan yang dieksploitasikan untuk tujuan promosi filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah Nurul Ain Nordin seorang pelakon baru yang belum cukup dikenali oleh rata-rata penonton di tanah air. Merupakan seorang model sambilan sebelum terjun ke dunia pengacaraan dan pernah menjadi finalis Dewi Remaja 2008/2009 (patutlah, kebanyakan produk keluaran pertandingan ini memang majoriti meletup tahap gunung berapi dengan kontroversi baik sebelum kahwin sampai dah kahwin).  Pernah berlakon beberapa television series jugak sebelum ini. Aku perhatikan gambar lain dia aku dapat merasakan orangnya rendah dan kecil-kecil molek jer tubuh badannya walaupun dia lebih tua setahun dari aku. Sila rujuk SINI, SINI dan SINI untuk memastikan kebenarannya.

Kalau diikutkan kes Miera Liyana memang boleh dikatakan ianya tidak disengajakan sebab adik Mira ni mungkin tak perasan payudaranya sebesar itu. Tapi kalau korang tengok ini nampak bebenor ianya disengajakan. Apa tidaknya, kalau nak katakan ianya ditangkap secara kandid sewaktu shooting filem kenapa background warna putih?. Foto pun semacam ditangkap oleh jurugambar yang pro. Kalau korang amati betul-betul gambar ini jelas kelihatan yang pelakon ni hanya memakai kain batik untuk menutup payudaranya saja dan mendedahkan sebahagian besar belakangnya. Namun begitu, bukan setakat bahagian atas belakangnya saja yang kelihatan malahan bahagian pinggangnya juga kelihatan. Ini menimbulkan tanda tanya apakah pelakon filem yang bakal ini tidak memakai panties?. Agak berani juga beliau mendedahkan punggungnya kepada jurugambar sebab mungkin tukang tangkap gambar ini mungkin seorang perempuan jadi rasa malu menjadi kurang.  Jurugambar itu juga seorang yang bijak untuk menyembunyikan alur punggung pelakon tersebut dari jelas kelihatan dalam gambar ini. Boleh jadi jugak panties atau alur punggung tersebut dihilangkan menggunakan teknik penyuntingan imej Adobe Photoshop. Aku bukan nak cakap apalah, sedangkan FHM Malaysia, NewMan atau Men's Health sekalipun tak pernah buat gambar sebegini. Tak silap aku ini kali kedua selepas filem Mantera yang membabitkan gambar 'kemban terlucut' seperti ini juga.

Tapi ingat, apa yang perjelaskan tadi tu hanyalah spekulasi dan bukan tuduhan. Sebab kalau ye pun bermakna aku fitnah tapi aku tak suruh saudara sekalian percaya pun. Itu hanya pendapat peribadi, yelah 'A picture worth a thousand word's'. Memang akan menimbulkan 1001 persoalan buat para penilainya. Cuma, aku tertanya jugak. Kenapa semata-mata nakkan publisiti filem yang bakal dikeluarkan itu maka trick ini dipergunakan. Apakah pelakon tersebut sedar akan implikasinya, kalau hal artis tu free hair mungkin kebanyakan orang boleh tolerate lagi tapi ini sampai yang tak sepatutnya didedahkan pun ditunjuknya. Perkara aurat jadi mainan, penggiat seni jadi acuh tak acuh dan endah tak endah.

Lagi gambar Nurul Ain Nordin di SINI

Shacklesmith : Apa nak jadilah weh, kapitalis ni segala benda nak dikomersialkan sampai tubuh badan wanita jadi sandaran!!. Aku kesian tengok pelakon perempuan diperlakukan begini sampai jadi takde maruah.. Memang bukan hak kita untuk menentukan dosa dan pahala seseorang tapi. Tapi kita kena berhati masa nak melakukan sesuatu agar tidak dipergunakan oleh orang yang berkepentingan sendiri.


Thursday, May 5, 2011

Melayu Buta Sejarah (2) Volume II



BAB 2 : Bagaimana Sikap Suka Berpolitik Boleh Menjadi Sebab Melayu Buta Sejarah?
Akibat dari kesibukan menjalankan tugas sebagai seorang pelajar menyebabkan saya hampir tidak dapat mengotakan janji saya untuk menyambung artikel saya yang terdahulu pada Mac lalu. Lebih sebulan sudah tergendala akibat bebanan tugasan di kuliah yang menyebabkan artikel Bab 2 ini tergantung begitu saja tanpa sebarang sambungan jilid yang kedua dari Mac lalu. Kini sudah masuk bulan Mei, banyak peristiwa penting telah berlaku ketika Mac dan April lalu. Yang tak dapat saya lupakan adalah menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa yang boleh saya anggap sebagai satu anjakan revolusi kepada industri perfileman tempatan. Tidak pernah saya lihat sokongan yang begitu jitu oleh kerajaan untuk menghasilkan filem bertemakan sejarah ini. Meskipun, ada yang ditonjolkan dalam filem ini tidak begitu tepat seperti lokasi Goa (tempat sebenar Merong Mahawangsa bertemu dengan angkatan Rom adalah di Ghumroon, Parsi), jong Cina belum wujud ketika itu (rekaan tersebut hanya wujud pada kurun ke-10 Masihi sedangkan filem itu berlatarkan kurun 1-Masihi) dan juga rekaan perahu layar Melayu bukan seperti tersebut sebaliknya harus berpandukan rekabentuk kapal Borobudur. Meskipun begitu, segala kesilapan yang dilakukan KRU Production tersebut tidak seharusnya dikesali kerana menjadi adat sesuatu hasil tangan yang dicipta tersebut tidak semestinya perfect 100%. Mesti ada cacat celanya. Lagipun mereka masih baru dalam industri sebegini tidak sampai sedekad. 


Bulan April pula kini telah menjelma dan sudahpun menutup tirai . Mesti ramai yang sudah terkena jerat April Fool sama di sekolah, kuliah, pejabat atau dikalangan sanak saudara bukan?. Adakah anda tahu asal usul April Fool?. Apa kata anda lawati laman akak Rynn dekat SINI untuk seketika, dan anda akan tahu apakah sebab utama kita umat Islam diharamkan untuk menyambut 'April Fool' sebagaimana hari Valentine. Kepada yang ligat berpolitik bulan April ini telah menyaksikan PRK Sarawak yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menewaskan pakatan pembangkang yang kecundang di kerusi kawasan Bumiputera. Sentimen tentang bahayanya pakatan pimpin puak Ultra-Kiasu dari Semenanjung tersebut mungkin telah disedari lebih awal lagi oleh warga pribumi Sarawak dan ada eloknya sentimen berkenaan merebak ke Semenanjung supaya kaum Bumiputera khasnya orang Melayu bangkit untuk menguasai semula ekonomi yang telah musnah akibat penjajahan kuasa Barat pada kurun ke-19 dahulu. Dengan adanya kekuatan ekonomi ini, maka dengan situlah hadirnya kuasa politik yang total dan dinamik. Selama ini orang Melayu sudah banyak berkorban dengan memberikan bermacam kemudahan kepada puak Ultra-Kiasu, tetapi adalah yang dibalas adalah tuba, tipu helah, janji yang tidak kesampaian dan paling teruk maki hamun di ruang maya. Mereka selama ini tersilap sangka bahawa orang Melayu tidak boleh survive tanpa mereka. Therefore, we must shall prove to them that we can!.


Saya ingin kembali kepada topik yang kita harus bincangkan bagaimana sikap terlampau galak dan ligat berpolitik boleh menyebabkan seseorang itu buta sejarah?. Saya akan mengupas isu ini berdasarkan apa yang saya lihat sepanjang berjinak dengan dunia politik Melayu mengikut dua perspektif yakni dua golongan Melayu. Seperti kita sedia maklum terdapat dua parti politik besar yang dipimpin orang Melayu untuk memperjuangkan nasib Melayu Islam dibumi bertuah ini. Dua parti besar keramat ini telah lama mencorakkan sosio-politik Melayu selama berdekad lamanya semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Tanpa dua parti politik ini, mungkin orang Melayu takde chance nak memangkah kertas  undi setiap 4 hingga 5 tahun. Bukan apa, kita sebagai manusia Melayu Islam berhak menentukan parti mana yang harus memerintah berdasarkan KETEGUHAN, KEMANTAPAN, DAN KEPEJALAN JIHAD PERJUANGAN sesuatu parti dalam memperjuangkan nasib umat Melayu Islam di hari ini. Masing-masing mendabik dada bahawa merekalah juara sesuatu isu, kita lihat contoh. UMNO menganggap bahawa merekalah yang memperjuangkan survival Melayu di arena politik manakala PAS pula mendabik dada menyatakan merekalah yang memperjuangkan Islam di bumi yang nyata ini. Benarkah begitu? Mari ikut saya kupaskan kebenaran ini.



UMNO lahir pada tahun 1946 atas dasar protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union yang menggugat kedudukan Agama Islam dan Raja-raja selepas Perang Dunia Kedua, manakala PAS pula serpihan UMNO melalui cawangan Ulamak dan ahli agama yang merasakan bahawa mereka diketepikan dari arus politik UMNO yang ketika itu dikuasai golongan pembesar elit Melayu ditambah pula dengan Perikatan dengan parti bukan Melayu Islam. Ada pendapat menyatakan bahawa PAS adalah asalnya dari PKMM dan Hizbul Muslimin yang kemudian diserap masuk ke dalam UMNO ketika pengharaman parti-parti berhaluan kiri yang menyokong insurgensi komunis ketika tahun 1948. Apa yang pasti, mengikut pandangan sesetengah ahli sejarah. PKMM berpecah kepada dua, yang mana golongan yang cenderung kepada ideologi sosialisme ala parti Baath di negara Arab menyertai Parti Rakyat Malaya (PRM). Manakala yang cenderung kepada falsafah perjuangan Islam pula menyertai PAS. Golongan ulama dan ustaz yang menubuhkan PAS ketika itu menyertai UMNO terlebih dahulu sebelum keluar beramai-ramai akibat tidak bersetuju akan kerjasama UMNO dengan parti-parti yang dianggotai golongan bukan Melayu yang tidak beragama Islam kerana asalnya mereka ketika bersama PKMM dahulu menolak untuk bekerjasama dengan komunis kafir laknatullah  untuk bersama dalam jihad palsu menentang penjajah tapi akhirnya membunuh saudara seagama sendiri. 


Sungguhpun begitu, mereka tidak mengambil sikap membenci bekas rakas seperjuangan yang bermandi darah dengan komunis kafir laknatullah meskipun gara golongan cerdik pandai agama ini telah menyertai UMNO yang mengambil sikap berlembut dengan penjajah British. Ini amat bertentangan dengan pewaris mereka ketika ini yang mengambil sikap membenci sampai mati UMNO. Setidaknya, ketika terbit rasa ukhwah persaudaraan sesama saudara seagama dan sebangsa. Khuatir akan tergadai akidah sebab bersekongkol dengan  parti-parti bukan Melayu Islam, maka mereka menubuhkan PAS pada 1951 yang dipimpin oleh para ulama dan cerdik pandai agama. Selama lebih berpuluh tahun PAS dengan ideologi teguh menolak akan berpakatan bersama parti yang bukan milik kaum Melayu Islam cuma mula berpaling tadah dari ideologi semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebelum Pilihan Raya Umum ke-11. Tidak seperti UMNO, demi memperjuangkan Islam PAS sanggup bergerak seorang diri tanpa sebarang allies. Tapi apa sudah jadi hari ini?. PAS sudah bacul seperti dipotong testikel dengan menjadi anjing suruhan DAP. Itupun dengan dungu-dungu tahap lembu mereka masih lagi menyatakan bahawa kerjasama tersebut adalah berdasarkan tahaluf siyasi!. Tahaluf siyasi la sangat sampai sanggup bergolek di atas jalanan kerana diperlembukan DAP ketika di Perak dahulu. 


Bukan niat saya nak menyerang PAS secara total, kerana PAS ketika dahulu merupakan parti yang amat saya respek sebab memperjuang Islam sekalipun tanpa sekutu rapat. Tapi kini apa sudah jadi, PAS kini tidak ubah seperti UMNO yang bacul untuk memperjuangkan Islam akibat berkawan dengan parti kafir. PAS tidak berani memperkenal undang-undang Islam di negeri seperti Selangor dan Perak kerana takut akan DAP. Dimanakah perginya telur mereka, kalau UMNO tu usah cakaplah. Jika PAS menuduh UMNO main rasuah ibarat paku dulang, paku serpih. Apakah masing-masing itu sempurna sangat?. Akibat terlalu kemaruk berperang sesama sendiri nampak gayanya politik Melayu memang tidak akan kemana-mana. Masing-masing mencari salah sendiri untuk dipertikaikan sampai agenda memperkasakan agama dan bangsa telah dilupakan sebab sibuk mencari isu politik yang tidak akan habis sampai bila-bila. Jiran sebelah rumah yang bersaudara sibuk bergaduh sampai APEK suratkabar recycle towkay CURI CEMPEDAK di luar pagar pun masih TAK SEDAR LAGI!!. 


Isu salahlaku moral dan politik wang amat meruncing dalam UMNO dan PAS dan ini amat memburukkan nama ahli politikus Melayu Islam dikalangan bangsa lain. Lihatlah sebagai contoh, kalau hendak menyerang pemimpin UMNO, segalanya akan dijadikan isu oleh PAS sampaikan HAL DALAM KAIN ATAS KATIL SUAMI ISTERI pun dijadikan modal oleh PAS. Perkara yang sama juga dipergunakan UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mensensasikan cerita salahlaku seks dan rasuah pemimpin PAS terutamanya sekali Kelantan (ingat kes balak dan 'main' dalam koc). Senang ajelah, dulu masa Anwar dalam UMNO puak-puak PAS mencanangkan isu liwat oleh pemimpin tersebut dan UMNO pula sibuk mempertahankan bekas aktivis ABIM tersebut. Dan kini lain pula ceritanya, semenjak Anwar dipecat, dipenjarakan dan lompat masuk puak satu lagi, UMNO pula yang mainkan isu liwat dan PAS pulak yang mempertahankan Anwar. Habis tu dimanakah kebenarannya?. 


Tak dinafikan lah bagi saya, Anwar tu bukanlah seseorang yang kita boleh percayai sangat pun. Malahan tidak boleh dipercayai langsung. Apa tidaknya, orang tua seperti Tun Dr Mahathir yang boleh dianggap sebagai father figure membentuknya dari menjadi Ketua Pemuda sehingga menjadi Naib Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri tak sampai 15 tahun pun diderhakainya. Belum campur lagi bekas teman-teman seperjuangan beliau. Kemasukan Tok Wan dari Permatang Pauh ni dalam arena politik Melayu.  tak membawa apa kebaikan langsung melainkan isu-isu yang diputar belit, konspirasi dan ketaksuban melampau tahap dewa oleh pengikutnya. Almaklumlah dah jadi 'anugerah Tuhan' la katakan. Bak kata anaknya Nurul Izzah 'Papa Hebat!!'. Papa memang hebat sebab sepanjang karier politiknya berjaya memperbodohkan UMNO dan PAS sehingga jentera Pemuda-nya yang begitu digeruni oleh para anak muda dan mahasiswa di universiti suatu ketika dahulu menjadi tak ubah seperti babun-babun liar yang terlepas dari zoo yang hanya layak bertempur di jalanan saja. Bagi golongan muda Melayu atas pagar, dengar saja nama pemuda UMNO dan PAS pun dah meluat sebab jadi jentera pengampu profesyional pembodek utama negara. 


Medan pertempuran UMNO dan PAS banyak berubah dari jalanan, ke kedai kopi sehinggalah di ruang maya. Meskipun berbeza lokasi tapi 'senjatanya' tetap saja. Tangan tidak berkeris tapi berparang di lidah dengan isu-isu tidak membina langsung. Akibat dari berpolitiklah Melayu makin lupa sejarah bagaimana mereka pernah jatuh tersungkur berabad dahulu. Machiavellisma mula dianuti tanpa disedari.


Sekian,


Shacklesmith : Berat mata memandang, berat lagi bahu nak memikirkannya



Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget