Sunday, January 1, 2012

Video Mahasiswa Bikin Kecoh Di UPSI.. Sendiri Cari Pasal, Sendirilah Tanggung Bai

Nak tahu apa yang berlaku di UPSI semalam? Sila-silakan menonton video di bawah ini. Yeah, kepada para mahasiswa yang dilahirkan pada lewat tahun 1980an dan awal 1990an. Inilah bakal-bakal cikgu yang akan mendidik anak-anak kita pada suatu hari nanti iaitu 'Cikgu Bebas AUKU'. Cikgu-cikgu inilah yang bakal mengajar anak kita subjek ko-kurikulum iaitu politik kepartian kultus Anwarista Al-Anurisme dan menanam sikap taksub membabi buta pada sosok individu iaitu pemimpin dan politik kebencian kepada anak-anak kita nanti! Saksikanlah




Emak bapak di kampung berdoa siang malam hendakkan anak-anak di menari gading ni menuntut ilmu supaya berjaya menggenggam ijazah tapi di kampus lainlah pulak yang dibuat oleh anak-anak mereka ni, jadi samseng jalanan merosakkan harta benda awam dan merusuh di jalanan gara-gara dipengaruhi pemimpin politik pembangkang.


Dan satu lagi aku nak ingatkan pada para pembaca sekalian, pasukan polis yang datang itu bukanlah FRU tetapi adalah Light Strike Force (LSF). Walaupun pakaian dan kelengkapan mereka hampir sama tapi janganlah terkeliru pulak. Sila baca di SINI


Bagi aku sebagai mewakili salah sorang dari golongan muda di negara bertuah ini, aku cukup terkilan dengan tindakkan mereka ni kerana memperjudikan masa depan demi agenda politik sempit yang takde kene mengena langsung dengan akademik. Tengoklah video itu, laungan 'media rakam' telah membuktikan ianya seperti sudah dirancang sedia rapi pada awal-awal lagi bagi membuktikan kononnya polis kejam!.


Apalah mengancam sangatnya AUKU, apa sebab AUKU ni budak-budak U semua tak boleh ke belajar ke hah!. Kalau budak-budak ni perjuangkan hak akademik sebagai contoh revamp semula sistem pendidikan okay jugak beb. Takdelah spesies burung kakak tua penghafal kaki copy-paste assignment dari wikipedia merata-rata dalam universiti serata Malaysia. At least supaya pelajar-pelajar kita boleh berfikir di luar kotak.


Perjuangan apakah yang dorang perjuangkan nie? Mati ke dorang kalau tak boleh berpolitik di kampus dan menjadi ahli parti politik?. Banyak lagi akan menyusul dalam blog Kerambit Assassins selepas ini.. Renung-renungkanlah

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget