Yup, kepada korang yang tertanya-tanya macam mana aku boleh tercampak masuk ke dalam kolej tu lain-lain kali jela aku ceritakan. Apa yang penting sekarang aku kini sudah menggenggam segulung Diploma setelah lebih 3 tahun berhempas pulas memerah otak menuntut ilmu ke dalam course yang sebenarnya bukan minat aku sendiri (cita-cita aku dulu asalnya nak jadi Pengarah Filem macam Ingmar Bergman! Heee~) Tapi takpela, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu. Mana tahu aku boleh jadi Pengarah Video Games suatu hari nanti seperti Hironobu Sakaguchi, Hideo Kojima dan Patrice Desilets. Apa pun kita hanya merancang, biarlah Allah SWT yang menentukan segalanya.
Seperti biasa syukur alhamdullillah ke hadrat Illahi kerana mengurniakanku kesihatan sehingga dapat menginjak ke saat ni lagi, Barakallah. Sepanjang tahun 2011 ni jugak aku sempat berkenalan dengan ramai kawan baru. Soal cinta? Haha, tang tu tolak ke tepi dulu sebab aku malas nak sentuh sekarang ni. Kot adakah gadis-gadis yang sudi menerima cintaku? Oh jiwang sungguh gua malam ni beb!. Jujur aku nyatakan di sini bahawa aku menamatkan tahun 2011 sebagai sorang lelaki single!
Entah apalah nasib aku boleh jadi begini, mungkin benar statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan bahawa nisbah lelaki lebih ramai dari perempuan menyebabkan ramai lelaki jadi single sebab ramai wanita sudah berpunya. Kalau lelaki dah ramai dari perempuan takkan kena berkongsi pasangan kot beb! Naya tu beb, mau cari nahas??!! Hahaha! Kita tinggalkan dulu soal jodoh jejaka misteri bernama Shacklesmith ini dan mari teruskan dengan topik lain pulak.
Okaylah, azam aku tahun ni adalah nak menambahkan amal ibadat dan menyambung pengajian aku ke peringkat ijazah pulak. Kali ni aku berhasrat nak tukar kos sebab tak tahan stress kepala gila bagai nak mampus buat programming. Serius beb, aku merasakan IT ni bukan jiwa aku dan mungkin aku perlu mencuba bidang lain pulak. Disamping tu aku jugak berhasrat ingin menjadi top blogger seperti otai-otai blogger yang lain. Aku bukan nak mengejar nama dan harta tapi aku nak berkongsi buah fikiran kepada orang ramai sekalian tentang apa pendapat aku mengenai perkara di sekelilingku itu sajer.
Oraitlah, mari kita layan gambar-gambar sambutan tahun baru di bandar Sydney, Australia dan ibu negara kita iaitu Kuala Lumpur.
Shacklesmith : Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012!
No comments:
Post a Comment