Lewat November sudah aku mendapat satu sampul surat dari syarikat penerbitan majalah Reader's Digest yang menjemput aku untuk menyertai pertandingan 'Super Contest'. Pada mulanya aku berasa hairan jugak bagaimana aku boleh dijemput sedangkan aku sendiri tidak pernah langsung melanggan majalah bulanan berbahasa Inggeris berkenaan. Bagaimana pihak penerbitan mengetahui di mana aku tinggal terus menjadi tanda tanya.
Aku pun belek-beleklah surat tu, melihat kepada ganjaran sekiranya aku memenangi pertandingan anjuran penerbitan majalah bahasa Inggeris tersebut agak menarik jugak. Pemenang super grand prize bakal memenangi wang tunai sebanyak RM250,000!, tempat kedua pula sebanyak RM180,000 manakala pemenang sagu hati pula bakal menerima wang tunai sebanyak RM10,000.
Pergh, boleh tahan jugak hadiah wang tunai tu beb. Korang agaklah kalau aku menang konfem aku boleh beli apa yang aku nak selama ini. Ayat paling cantik dorang bagi tau pada aku adalah aku ni adalah peserta terpilih kerana pertandingan ni dijalankan secara 'invitation'. Jadi konon-kononnyalah aku ni peserta bertuah dari keseluruhan penduduk kawasan perumahan aku nih. Agak teruja jugak ler teman mendengornyer yeop.
Langkah nak menyertainya pun agak mudah, pertama pilihan diberi sama ada hendak membeli buku panduan belajar menulis dan bertutur bahasa Inggeris dengan betul (definitely not your typical SPM level guide book) ataupun tidak. Jawapan harus diberi melalui pos dalam tempoh seminggu dengan menghantar borang maklumbalas di dalam sampul yang sudah mereka sediakan sendiri. Aku pun memilihlah untuk membeli buku tersebut sebab aku merasakan ianya perlu apatah lagi BI aku pun sudahlah tak seterer mana (korang paham-paham jelah kenapa aku jarang sekali post entry dalam blog aku dalam English).
Selepas menghantar borang jawapan tu aku pun diamlah selama sebulan lebih sebab bulan 12 tu aku sibuk dengan urusan konvokesyen Diploma aku. Mereka juga telah nyatakan dalam surat berkenaan bahawa keputusan pemenang (shortlisted) akan disenaraikan ke dalam akhbar The Star pada tarikh 27 Januari.
Pssst, aku check dalam The Star hari ni takde pun?. Adakah ianya ditangguhkan sebulan lagi. Arggh, I dont really care about the prizes. If I'm lucky enough to win then I'l have to accept it, but if its not then what to do? Sudah nasib bha... , I just want the book that's all!
By the way, aku jumpa gambar ni jadi cover dalam StarSpecial. It's beautiful and I was mesmerised.. At first glances, needless to say I'm so freaking speechless!
Walaupun gambarnya dalam cover pullout The Star tu flipsided tapi tetap lawa gak seh!, Kalau diterbalikkan dari atas ke bawah pun tetap cantik beb. Ha ha ha!
Sebenarnya aku bukannya maksudkan model tu tapi gambarnya yang merangkumi warna, tekstur, imej dan teknik pencahayaannya. Kudos to the photographer for his amazing shot and photoshop/lightroom skills. Kalau korang nak gambar ni adalah sebahagian daripada kalendar 2012 kedai barang kemas Tomei. Tak rugi kalau simpan satu, apatah lagi untuk si gadis yang gila barang kemas ataupun si jejaka yang suka cuci mata. Kah Kah Kah!
Andai aku dapat wang sebanyak RM250,000 memang aku dah angkat kamera DSLR Nikon D5100 sebijik dan aku akan buat gambar secantik ini sekiranya aku mahu. Tu pun kalau lah, bergantung pada nasib beb. Rezeki semua di tangan Allah.
Berdasarkan pemerhatian aku melalui internet mengenai pertandingan anjuran Reader's Digest ni aku dapat banyak informasi. Ramai yang kata pertandingan di legal scam sebab penerbitan ni main tembak alamat rumah orang sebab nak tarik pelanggan. Ada yang cakap pulak, informasi nama dan alamat rumah kita pulak yang diberi oleh pihak bank kepada penerbitan Reader's Digest (walawey, ini dah kira invasion of privacy neh).
Sumber SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
Sama scam atau tidak? Lu pikir lah sendiri..
No comments:
Post a Comment