Monday, June 20, 2011

Al-Fatihah, Pelawak Veteran Zami Ismail Meninggal Dunia

           
            Selepas pemergian M-Rajoli pada tahun lalu kini seorang lagi pelakon veteran mengikutnya pulang ke Rahmatullah. Zami Ismail, nama yang cukup dikenali oleh ramai peminat komedi tempatan dan amat terkenal menerusi sitkom lakonan beliau, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai watak Pak Uda. Beliau menghebuskan nafas terakhir pada jam 10.15 pagi akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam bidang aktif bidang seni lakonan sejak tahun 1980an lagi menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu beliau juga turut membintangi hampir 17 buah filem serta puluhan drama tempatan sehingga turut dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM-9).

Allahyarham juga amat sinonim dengan filem komedi hebat arahan Mamat Khalid seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah. Allahyarham akan turut muncul dalam filem arahan Saiful Apek, Shhh... Dia Datang Lagi yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez yang turut terkejut atas pemergian beliau menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. Turut mengikut jejak langkah Allahyarham dalam bidang seni adalah dua orang lelakinya, pelakon komedi Opie Zami dan pengarah drama dan filem Dunia Baru, Mohd Hitler Zami.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget