Friday, June 24, 2011

Bilalah Video Muzik Lagu Melayu Kita Nak Sampai Ke Tahap Ni...?


            Sungguh tidak terucap dengan kata-kata, itu saja yang mampu aku luahkan perasaan tatkala menonton video klip muzik yang hebat ini. Kepada peminat J-Pop dan Emo sapa tak kenal Gackt bukan? usah cakaplah memang bukan peminat J-Pop asli kalau tak kenal Gackt, begitu jugak dengan peminat style Emo. Tak berjiwa Emo kalau langsung tak tahu siapa Gackt. Okeylah, aku tak sentuh pasal J-pop ke, Emo ke atau apa-apa yang peribadi pasal penyanyi yang bernama pelik bunyinya ni.

Aku cuma nak korang berfikir sejenak tentang video muzik ini yang pada pendapat aku begitu menyentuh jiwa dan perasaan sesiapa yang menontonnya. Pada pendapat aku, tangan-tangan dan buah fikiran kepala kreatif yang menghasilkan video ini memang hebat dan fantastik. Mereka sungguh bangga dengan warisan budaya bangsa mereka yang terkenal dengan jiwa kepahlawan itu sehingga menjadikannya sebagai bahan video klip ini.

Terus-teranglah gua cakap beb, aku tengok video muzik sampai 4-5 kali semata-mata nak menjiwai mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu ini sungguhpun aku tak paham sepatah haram lirik yang dinyanyikan. Setiap paparan babak-babak pertempuran para samurai ini seakan-akan menyentap jiwa kemelayuan aku yang mula mengenal apa itu erti warisan pusaka bangsa. Sehingga menimbulkan tanda-tanya, bilalah klip video muzik kita nak mencapai tahap macam ni. Bosan gak aku ngan klip video cintan-cintun hawa nafsu semua ni bai. Tak habis-habis ngan CINTA, CINTA, CINTA. Balik-balik video klip kat taman bunga.

Apa yang nak dimalukan sangat dengan warisan bangsa ni, budaya kita bukan setakat lemah lembut gemalai macam tarian zapin, inang, makyong, dan joget semua. Tapi kita ada ilmu kepahlawanan mempertahankan diri macam silat dan kuntau. Banyak cerita sejarah yang kita boleh eksploit sebagai contoh perang Melayu Bugis dan Minangkabau atau paling tidakpun perang saudara Selangor dan Pahang. Apa ingat orang Melayu dulu berperang tak pakai armour ke?. Cuba pergi muzium Ngah Ibrahim kat Bukit Larut, Perak and see for yourself. Jangan malu lah dengan bangsa sendiri. Aku haraplah suatu hari nanti persepsi inferiority complex ini berubah dan orang Melayu yakin dengan warisan budaya bangsa kita sendiri.

Shacklesmith : Setakat nak masuk pasaran US lagi baik buat video muzik macam ni daripada yang TUT ni. Adelah pekdahnyer jugak yeop.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget