At last, akhirnya pengarah video muzik yang penuh kontroversi Gambit Saifullah telah memohon maaf kerana 'menganjingkan' para bloggers beberapa hari yang lalu dalam Twitters. Tulah bro, baru kau tau betapa tinggi langit dan bumi. Kalau dalam bab politik para bloggers lah bertanggungjawab menentukan baik buruk kerajaan dan pembangkang, setakat dalam dunia artis dan hiburan apa lagi. Senang gila beb. Bukan ada parti yang tolong naungkan kau wahai Gambit. Bersyukurlah bro, kitorang jugak yang tolong 'popular'kan kau. Nak harapkan video youtube tu?. Emm, boleh ke..?
Credit's to The Garang |
Tapi aku tertanya jugak dengan siapa yang dia mintak maap?. Barangkali, adakah dengan makcik dan pakcik iaitu ibubapa kepada kanak-kanak yang telah tertengok muzik tak senonoh arahan dia dalam Youtube tempoh hari?. The same question's baffled me and The Garang. Please be more specifics when apologizing dude. 'Mintak maaf' is general and it could the other's and isn't us the bloggers. Selain itu, aku pun masih meragui keikhlasan dia beb, tengoklah kan. Sapalah nak fitnah dia, dia yang terfitnah diri dia sendiri dengan memburukkan nama mengarahkan video penuh berahi dia tu.
Nak mintak maaf pun baru sekarang padahal dah hampir 2 minggu video arahan dia tu dikeluarkan. Tu pun kalau tak kerana keluar Pancaindera (Mingguan Malaysia) sampai diulas video tersebut oleh seorang tokoh sasterawan negara barulah terhegeh-hegeh nak mintak maaf sekarang. Tapi kalau dah menggelarkan para bloggers anjing tu silap besarlah. Orang Melayu memang pantang digelar dengan kata-kata kesat sebab terlajak perahu boleh undur, terlajak tutur kata mana boleh bro. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badanlah binasa!.
Sedarlah, kalau kau duduk zaman 1990an tu bolehlah nak elak kontroversi sebab bahan-bahan gosip disiarkan sebulan dan seminggu sekali jer oleh mainstream media macam Mangga dan Pancaindera semua. Sekarang ni zaman para bloggers bro, even pihak mainstream media pun dah take note pasal golongan bloggers ni semua. Blogger's nak bukak cerita bukan setakat satu kali sehari jer. Banyak kali dalam sehari pun boleh kalau dia nak. Tulah, sapa suruh keluarkan video tu tak senonoh tu lagi.
Aku harap kau insaflah bro, jangan cari pasal buat kontroversi siarkan video muzik yang entah apa-apa tu lagi. Kononnya nak tembus US market pulak. Padahal, perlu ke buat seksi-seksi. Kita Malaysia banyak lagi caranya. Kalau tak insaf jugak tak nak terima kritikan blogger cari jelah kerja lain. Even, kalau tak mau jugak cari kerja lain dan berdegil nak bergelumang dalam dunia hiburan aku sarankan kau pergi jumpa Najib dan Anwar takpun Tok Guru Nik Aziz untuk belajar macam mana nak jadi telinga kuali tahan segala kritikan blogger's. Dorang dah lali sangat kena kritik. Ade berani? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Shacklesmith : Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai.
No comments:
Post a Comment