Saturday, November 12, 2011

Apesal Aku Dengar Lagu Ni Macam Lagu Putus Cinta?

Aku ni walaupun depan mata orang nampak aku macam  lelaki berjiwa brutal namun hakikatnya walau se-hardcore mana pun penampilan aku pada luaran tapi jauh di dalam lubuk hatiku tetap jugak tersemat naluri jiwa sentimental seorang lelaki. Kebanyakan lagu favorite aku kesemuanya berentak keras dan tidak sesuai didengari kanak-kanak bawah umur. Tapi biasalah kan, Shacklesmith ni lelaki berbintang Cancer yang orang kata jenis dalam hati ada taman walaupun sedaya upaya cuba nak cover-cover supaya nampak macho gitu bai. 


Adakalanya bila datang mood sentimental, takkan dengar lagu nu-metal Papa Roach kot beb. Mestilah dengar lagu-lagu yang ada unsur kasih sayang. Nak dipendekkan cerita, aku rasa bagi korang yang lahir masa tahun 1980an hingga awal 1990an mesti familiar dengan lagu ni bukan. Lagu ni asalnya daripada seberang dan kalau korang perasan masa kenduri kahwin ataupun video perkahwinan mesti ada pasang lagu ni kan. Senang cakap lagu ni memang cukup famouslah sejak dari tahun 2001 lagi sampai sekarang.


Lagu ni bertemakan percintaan antara kedua orang suami isteri tapi yang aku peliknya, KENAPA AKU DENGAR LAGU NI MACAM LAGU PUTUS CINTA???!!!. Ada yang tak kena ke pasal lagu nie?, I have a bad feeling about this. Justeru aku mengesyorkan kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan supaya tolong jangan gunakan lagu ini ketika di majlis persandingan mahupun sesi fotografi dan video kerana anda mungkin menerima nasib yang sama seperti pasangan suami isteri yang menyanyikan lagu ini.



Shacklesmith : Ini adalah pandangan peribadi, terpulanglah pada anda nak menilainya bagaimana sekalipun. I don't exactly mean to be paranoid but sometimes I just felt. Arrgghh


No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget