Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda JUARA!!! BTW, Neelofa Ada Hati Dengan Apexs??



ROAR!! Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara Malaysia yang telah berjaya menundukkan pasukan tuan rumah Indonesia 5-4 dan memenangi pingat emas untuk acara bola sepak Sukan SEA yang diadakan di Indonesia tahun ini!


Walaupun berdepan dengan kesukaran beraksi dengan tuan rumah malam ni kerana kehebatan kedua-dua negara boleh dikatakan setanding di peringkat Asia Tenggara dengan seri ketika perlawanan. Namun pasukan negara berjaya menundukkan tuan rumah di saat penalti!


Memang cemas jugaklah gua tengok masa match tadi beb ditambah pulak dengan referee yang nampak macam sudah kena rasuah beli dengan tuan rumah ajer. Tapi Alhamdullillah kita menang jugak akhirnya!


Kecoh jugaklah dalam Twitterjaya tadi memperkatakan tentang perlawanan ini, antaranya ramai yang bising nak Fakri digantikan dengan penyerang lain kerana mutu permainan tak seberapa menyerlah. Ramai jugaklah selebriti, politician dan blogger yang turut serta jadi 'pengulas' permainan tadi. Seronok jugak layan deme beb!. Dapat gak hilangkan rasa nervous yang bersarang di hati. Haha!


Pergh! tak dinafikan penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apexs mempunyai banyak peminat dan follower yang setia. Aku sendiri sudah nampak bayangan David Seaman dan Oliver Kahn pada dirinya!. Disamping jugak beliau boleh mencetuskan fenomena seperti Diego Maradona (tapi takdela sampai sembah menyembah macam si pendek tu).


Boleh tahan jugak ramai orang kenamaan syok bertweets tadi sampai tak terkira jumlahnya, tapi dalam banyak-banyak tweets selebriti ni salah satunya jadi perhatian Shacklesmith. Haha, jeng jeng jeng!!



Fulamak beb! korang tengok sapa peminat Apexs ni weh. Well, i'm not really surprised for that but certainly he deserved such fan's from all walk of life!. Tengok, Neelofa pun ada hati beb dengan dia tapi hanya sebagai peminat saja dan tidak lebih daripada itu. Oleh itu, tiada gosip di antara mereka berdua harap maaf. Tak salah pun kan sebab kedua-duanya kebetulan berasal daripada satu negeri iaitu Kelantan. Gomo Kelate Gomo!!

Cuma satu benda bermain di fikiran Shacklesmith bila nama mereka berdua terlintas pada waktu yang sama. Kenapa aku asyik teringat akan bekas penjaga gol Sweden dan Celtic FC (dan tak silap aku pernah makan gaji buta ikat kontrak dengan Chelsea selama dua tahun!) iaitu Magnus Hedman dan bekas isterinya, Magdalena Graaf. Apa yang lebih menghairankan, gambar yang bermain di fikiran aku adalah gambar INI!!!

Ye selama ini nama Neelofa sedikit sebanyak telah menaikkan trafik ke blog aku yang tak seberapa ini, tapi aku tak paham betul la kenapa di search benda yang bukan-bukan pasal Neelofa?. Suka betul korang ye dengan Neelofa. Hahaha! Benda ni akan aku ulas nanti. Bawak bersabar ye.

Shacklesmith : Apexs takde apa-apa pun dengan Neelofa, apapun tahniah pasukan bola sepak negara! Kekalkan momentum ini untuk 10 tahun lagi.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget