Monday, November 28, 2011

Kenapalah Ramai Orang Tak Puas Hati Dengan Khairul Fahmi (Apexs) ??

To be honest, aku bagitau kat korang yang aku tak tengok langsung match bola tadi. Entah kenapa aku takde mood langsung nak tengok sedangkan internet kat rumah aku ni punyelah laju sebab pakai Unifi jadi nak tengok live streaming takde masalah. Ini semua mungkin boleh jadi gara-gara dua bungkus nasi lemak yang aku belasah lepas lepas solat maghrib tadi.




Sebenarnya bukan match malam ni ajer yang aku terlepas, masa perlawanan bertemu dengan Syria pun same gak. Ke mana pergi hilang semangat aku pun tak tau padahal punyalah happy bila team Harimau Muda kita score pingat emas masa kat Jakarta last week. Aku sendiri merasakan kebangkitan semua pasukan bola sepak negara selepas Piala Suzuki lepas.


Walaupun banyak kali jugak kita kecundang jugak dalam perlawanan selepas tu tapi sekurang-kurangnya pasukan kita dapat jugak menjaringkan 1-2 gol dengan pihak lawan. Ini tak macam 10 tahun dulu team kita kalau bertemu pihak lawan memang haram nak menjaringkan walhal gol sendiri selalunya lebih lima kali BOLOS. Paling melemahkan semangat aku nak menengok, asal team kita beraksi jer bapak aku siap kondem kow-kow mengutuk pasukan negara. Tapi walau sehancur mana pun mutu permainan, majalah Mangga tetap memberi publisiti murahan kepada pemain khasnya striker Khalid Jamlus yang hanya cemerlang di peringkat negara (Liga Malaysia) saja.


Baiklah, lupakan kisah zaman gelap sukan bola sepak negara 10 dulu dan fokuskan kepada cerita sekarang pulak. Seperti yang korang sedia maklum pasukan bola kita sedang menikmati era brief renaissance atau erti kata lain kebangkitan semula zaman kegemilangan seperti di kala era 1970an dan 1980an dulu. Aku nampak dan begitu jugak korang bukan?. Walaupun belum mencapai tahap era Super-Mokh (Mokhtar Dahari) dulu tapi peluang untuk pergi lebih baik adalah cerah berkat semangat dan disiplin yang diterapkan jurulatih negara.


Dua tonggak utama kebangkitan yang kita dapat lihat menyerlah sekarang adalah Safee Sali dan Khairul Fahmi (Apexs). Alhamdullilah, setakat ni rekod Safee Sali bersih dari sebarang tohmahan dan gosip-gosip liar yang dicanangkan oleh tukang penfitnah yang tak nampak sempadan di antara dunia seni dan sukan. Tapi amat malang sekali buat Khairul Fahmi (Apexs) kerana peluru yang ditembak oleh musuh-musuh halimunan beliau mengena tepat pada jantungnya!.. WTF??!!. Sejak putus dengan Alia Jejari Runcing macam-macam dah jadi kat beliau.




LOL, who the hell is this Shida Harmi? perhaps she maybe another attention seeker from the middle no where. Aku tak pasti apa punya betina ni lah sampai sanggup aibkan diri sendiri dengan bagitau dia pernah tido dengan Apexs. Well, kalau dia lelaki pastu dedahkan dia pernah kena liwat aku boleh terima lagi sebab itu dah kira sama macam kena rogol tapi perempuan ini dah terang-terang bagitau satu dunia yang dia sudah tido dengan Apexs. 

Maknanya dia secara kehormat menyerahkan dara beliau kepada Apexs!. Apa punya bodoh ini perempuan mendedahkan keaiban diri sendiri, kalau dia kena rogol aku tak kisah tapi dia bagi dengan rela hati sendiri jadi secara tak langsung dia menjatuhkan market dia sendiri. Yelah, jantan mana nak betina yang dah bolos beb!. Kalau jenis stok mangsa rogol gua boleh tolerate lagi bai. Sejujurnya ini adalah perkara paling bodoh!. Andainya perkara ini berlaku di Eropah mahupun negara Amerika Latin ianya bukan masalah besar sebab seks bebas taboo tapi ini berlaku di Malaysia negara yang mengamalkan Islam sebagai agama rasmi!. 

Menurut laporan berita Mynewshub, dikhabarkan Apexs memang mengenali Shida Harmi secara peribadi sebelum beliau bertunang dengan Elia lagi tapi hanya sebagai kawan biasa ajer. Mereka berkenalan pun baru tak sampai setahun. Gambar-gambar 'mesra' yang dirakamkan pun hanya sekadar santai-santai di karaoke jer dan bagi aku itu hanya benda biasa jer kalau lelaki bergambar semesra itu dengan kawan perempuan. Apa pun motif Shida Harmi ni mendedahkan bukti screenshot BBM blackberry beliau ni tak diketahui apa sebabnya. Barangkali, attention seeker kot. Yelah, dengar khabarnya 'artis baru'.

Apexs sendiri berasa kesal dikaitkan dengan kontroversi tak henti-henti. Ada jer yang tak puas hati cari kesalahan dia. Walaubagaimanapun beliau tidak merasakan gambar-gambar tersebut di sebarkan oleh Shida Harmi (hacker's mungkin kot). Justeru sehubungan dengan itu beliau mencabar mana-mana pihak yang menyebarkan screenshot BBM memburuk-burukkan beliau ini untuk tampil ke hadapan membuktikan kebenaran mereka!.

Sungguhpun begitu, aku pasti bahawa kes ini sangat memberi kesan kepada Apexs apatah lagi menggugat konsentrasi beliau ketika permainan tadi. Masakan tidaknya, dalam masa 6 minit 3 gol lawan membolosi gawang negara!. Apa punya celaka nasib malam tadi beb, entah dajal mana bawak bala sampai kualiti permainan pun terjejas. Ingatlah wahai penyebar fitnah gosip sekalian. Ahli sukan bukan artis (pelakon & penyanyi), kalau artis macam-macam tohmahan kena sekalipun tak menggugat kualiti tapi ahli sukan dia punya kesan sangat memedihkan bro!. Pikir la sikit fan's wahai penyebar berita dusta durjana!

Kepada saudara Khairul Fahmi Che Mat, diharapkan bawak-bawak bersabar jelah. Tulah, bila nama nak naik ni macam-macam orang buat pada kita. Apa pun aku cukup bersetuju dengan pandangan blogger ni supaya Apexs bersumpah menafikan perkara ini. Sumpah muhabalah merupakan jalan terbaik. Bukan mudah untuk berhadapan dengan fitnah melulu ini lebih-lebih lagi bergelar public figure di kalangan masyarakat..

Shacklesmith : Jikalau banyak masalah datang melanda-ku, hanya ini saja yang mampu ku lafazkan

La illaha illa anta subhannaka inni kuntu minnazzalimin

2 comments:

Shahizan Azmi said...

Haha that girl memang gila laa - -'

Shacklesmith said...

tau xper u..

sesuai ditujukan lgu pink..

stupid girl..

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget