Wednesday, November 30, 2011

Sebelum Wujudnya Komuter, LRT dan ERL... Ada 'Railbus'

Mungkin ramai di antara korang yang lahir pada tahun 1990an tidak tahu bahawa sebelum adanya KTM Komuter, RapidKL LRT dan ERL (KLIA Express). Pernah wujud sebuah perkhidmatan tren koc berkonsepkan urban transit antara bandar yang dikendalikan oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1980an untuk menghubungkan bandar-bandar (sepanjang track KTM) di Semenanjung Malaysia. Dikenali sebagai 'KTM Railbus'. Ianya merupakan antara percubaan terawal mengemaskini sekaligus memodenkan sistem pengangkutan awam negara.


Mendapat jolokan Railbus kerana rupa bentuknya seakan-akan bas, ada kemungkinan juga ayah dengan mak korang pernah gunakan perkhidmatan tren ni dulu. Bentuknya tak panjang mana pun. Paling panjang dua gerabak satu tren. Nak ke Klang atau Ipoh? Takde masalah beb. Haha, only in late 80s dude.







Perkhidmatan relbas telah dilaksanakan bagi enam laluan iaitu:
  • Kulai/Singapura/Kulai mulai 27hb Ogos, 1988,
  • Ipoh/Kuala Lumpur/Ipoh mulai 29hb September, 1988.
  • Ipoh/Butterworth/Ipoh mulai 26hb Oktober, 1988.
  • Gemas/Mentakab/Gemas mulai lOhb Disember, 1988.
  • Pelabuhan Klang/Kuala Lumpur/Sentul mulai 18hb April,1989.
  • Butterworth/Arau/Butterworth mulai 15hb Mei, 1989.

PERKHIDMATAN RAILBUS
Konsep perkhidmatan railbus diuji semenjak bulan Ogos 1984 di beberapa kawasan di dalam sistem KTM iaitu di antara Johor Baharu dan Singapura, Butterworth dan Alor Star, Butterworth dan Taiping, Gua Musang dan Kuala Lipis/Kuala Krau, Kuala Krai dan Kuala Lipis dan Ipoh dan Butterworth.

Bagi tujuan tersebut (ujian) Railbus yang diguna adalah dipinjamkan oleh Kerajaan British dan Syarikat Ganz-Mavag, Hungary. Sambutan dari orang ramai adalah menggalakkan. Sehingga hari itu lebih kurang 140,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan railbus tersebut.

Mulai 22-4-1985 perkhidmatan ujian railbus tersebut dijalankan di antara laluan Gemas dan Kluang. Perkhidmatan ujian untuk kedua-dua buah railbus tersebut terus diperluaskan ke beberapa destinasi yang lain di dalam sistem KTM untuk menilai sambutan orang ramai dan prestasi teknikal.

Pentadbiran KTM telah pun mengemukakan cadangan kepada agensi-agensi tertentu untuk pertimbangan pembelian 10 set railbus di bawah peruntukan kewangan Rancangan Malaysia Kelima.

Perkhidmatan relbas dahulu telah memberi satu alternatif pengangkutan kepada masyarakat di dalam mengatasi masalah-masalah pengangkutan terutamanya kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan mereka.Sejak perkhidmatan relbas dilaksanakan pada tahun 1988, sambutan dari orang ramai pada masa itu adalah begitu menggalakkan. Dari Januari hingga September 1989, seramai 1,178,468 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan ini.

KTM sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan pada amnya dan mutu perkhidmatan tren penumpang khususnya.



Lagi gambar menarik sebuah perkhidmatan tren yang sekarang hanya tinggal sejarah untuk tatapan generasi baru khasnya kita semua.




Yang ni pulak adalah contoh lakaran model pertama yang diperolehi oleh KTM ketika tempoh pengujian pada tahun 1984 dulu dalam corak warna (livery) KTM sendiri. 


Sebenarnya tren yang digunakan oleh KTM selepas tamat tempoh pengujian adalah berlainan sama sekali. Perbezaan ini dapat dilihat dari segi lokasi pintu dan bentuk tingkap. Untuk perbandingan, boleh rujuk gambar nombor 2 dalam entry ini.

Kini segalanya hanya tinggal kenangan, perkhidmatan tren ni ditamatkan pada awal tahun 1990an kerana masalah ekonomi. Tak lama kemudian pada 1995, ianya digantikan dengan sistem keretapi elektrik KTM Komuter yang kita kenali hari ini. (Sila rujuk rancangan pemodenan landasan keretapi Malaysia SINI)

Kebetulannya selepas aku mendapat maklumat akan kewujudan perkhidmatan tren ni, aku ada bertanya mak aku selaku orang lama yang sudah lama menetap di Kuala Lumpur ni. Tapi tiada jawapan yang memberansangkan diterima kerana mungkin dia sudah terlupa kot tambah pulak mak aku masa tahun 1980an dulu memang sudah rajin berkereta. Apalah dia nak ambil pot sangat pasal perkhidmatan tren ni. Lagipun bapak aku tak bagi sangat naik public ni.

Aku jugak ada sorang bapak saudara yang pernah bekerja di KTM dulu, mungkin dia ada maklumat dengan lebih jelas lagi pasal Railcar ni tapi sayang sungguh dia telah kembali ke Rahmatullah dua tahun sudah. Nak tanya mak cik aku pulak iaitu isterinya?, rasa berat hati lah pulak aduyai.

Rasa-rasanya kalau parent korang ada gambar berkaitan dengan Railcar ni jangan segan silu kongsikan bersama. Haha, cepat punggah barang lama dorang dan on scanner sekarang!.

Shacklesmith : Aku ni sebenarnya memang fascination dengan benda-benda macam keretapi, kapal terbang dan kereta semua ni. Tapi sayang sungguh aku ambik engineering dulu pun tak lepas sebab aku sangkut tak terer sains dan matematik. Mungkin sebab aku tak berjiwa sains. Aku berjiwa seni!.

kredit - Forum CARI
         -  malayarailway.com
          - keretapi.com

3 comments:

Kenn said...

Kejuruteraan juga memerlukan "jiwa seni" untuk melahirkan suatu ciptaan yang mantap bro.. heheheh..

Shacklesmith said...

yup btol tu bro..

contoh terbaik dulu leonardo da vinci..

sekarang steve jobs!

hehehe

Nazrul said...

Aku pernah naik railbus ni untuk laluan Singapura-JB dlm tahun awal 90-an...

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget