Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha Dari Shacklesmith Buat Seluruh Umat Islam!



Assalamuailaikum semua!
Rasa-rasa kan macam baru semalam jer kita menyambut Aidilfitri, la nie dah masuk Aidiladha pulak daa. Konfem la dapur rumah korang tengah berasap dengan ketupat, rendang dan lemang bagai kan?. Huhu, besok selepas selesai solat mesti 'berpesta' korban lah masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara kita mengorbankan haiwan ternakan untuk diagih-agih kepada golongan miskin dan penduduk setempat. 

Shacklesmith pun tumpang gembira jugaklah sebab tiap-tiap tahun kami sekeluarga dapat hasil korban iaitu usus perut lembu yang sememangnya digemari kami sekeluarga. Almaklumlah, perut lembu ni kurang digemari oleh orang kebanyakan sebab selalunya kalau nak dijadikan makanan pun biasanya dibuat sate. Tapi tidak bagi keluarga kami, kerana kami sekeluarga amat menggemari gulai pindang perut masak lemak cili api. Boleh dikatakan seluruh ahli keluarga Shacklesmith menggemarinya. Haha, almaklumlah aku ni ade kena mengena ngan negori sebab tulah tahan makan lemak cili api ataupun rendang pedas.

Nak tanya Shacklesmith beraya di mana raya haji nie?. Ehem, rasanya kalau kengkawan rapat yang baca nie mungkin konfem semua dah tau dimana Shacklesmith beraya. Buat yang baru tahu nie chek nak habaq semua yang sebenarnya Shacklesmith da lebih 10 tahun dok beraya kat KL nieh sebab bagi aku tempat ni dah macam kampung bagi aku. Mana taknya, disinilah kedua ibu bapa ku bertemu lebih 40 tahun dahulu ketika di lewat 1960an. Adik beradik aku pun semua tinggal di sini dan belum lagi merantau ke luar. Shacklesmith sendiri tak tau lah sampai bila nak beraya di KL. Kalau masih bujang mungkin disinilah kot, tapi kalau dah kahwin dengan bini dari luar mungkin pecahlah tradisi beraya di KL. Itupun kalau dapat bini orang luar lah. Huhu~

Sebelum tu jom kita berkongsi sedikit info mengenai ibadah korban.


Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.

Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.

Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.

Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).

Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban, tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir,

Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.

Sedekah pahala korban unuk Nabi 
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi

"Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya  berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w  dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku Ke-Esaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”. 

2 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

yg peliknya org raya sakan time raya aidil fitri..raya haji gitu2 ja

Shacklesmith said...

tau xpew.. sbb xdew duit rayer ngn main bunga api..

klu xdew tu mmg xsah nk beraya.. hehehe

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget