Itu dululah, sekarang ni aku sendiri pun tak tau sebab dah lama tak baca majalah hiburan lagi-lagi tukang membelinya sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata maka duitnya tidak lagi dilaburkan dengan majalah hiburan bagai. Apa lagi kalau nak dengar gosip artis pun blog-blog hiburan bersepah di ruang maya ini. Tambahan pula masa lapangnya kini bukan lagi membaca gosip tapi ber-Facebooking dengan menggunakan iPad dan iPhone so apa mau heran sama itu gosip-gosip maa??. Haha, begitulah kakak aku, tak main kan gosip-gosip hiburan lagi kan kak?. Hee~
Aduhai tengoklah apa sudah Shacklesmith ini meleret, orang nak cerita pasal janda tapi dia kona cerita pasal kakaknya yang sinonim dengan gelaran Ratu Majalah Hiburan 1990an dan awal 2000an pulak dah. Akak aku pun BUKAN JANDA!!!. Ish, okay kita continue bercerita pasal janda pulak ye. Orait, dalam industri hiburan kita sekarang ramai yang memegang status janda tapi masih lagi popular bak ketika zaman mereka masih lagi bergelar anak dara bergetah lagi. Sebut saja Nora Danish (puteri kita enjoy!), Natasha Hudson (hantu chermin! janda dua kali tu beb) dan yang terbaru Nabila Huda (anak legendary rockstar!) mesti ramai yang kenal punya bai. Waduh beb, teringat gua dengan cerita Janda Meletup dulu (padahal hero codename "I Follow" 'booof-feeett' nya pun kahwin dengan anak dara 4 kali tu!).
Sebelum ni heboh pulak diceritakan bahawa anak selebriti chef terkenal Chef Wan iaitu Chef Riz bakal berkahwin dengan sorang pelakon berstatus janda iaitu Ana Dahlia. Kini korang boleh rasakan betapa hebatnya penangan janda di Malaysia ini. Hangpa jangan dok perlekeh tau!. Janda pun boleh laku macam anak dara jugak beb, mereka tetap sempurna dan cukup sifat. Tambahan pula nisbah wanita di Malaysia LEBIH KURANG DARI LELAKI jadi tidak ada sebab buat lelaki lewat usia belia (lewat 25 tahun ke atas) untuk menolak janda!. Kepada abang-abang yang berusia 30 tahun ke atas dan masih belum berkahwin ataupun masih berhasrat untuk tambah lagi cawangan tolonglah mengasihani lelaki di awal 20an dengan tidak menggatal dengan gadis-gadis muda kerana kalau abang-abang dah sapu semua perempuan muda dan berdahi licin. Di mana pula kami nak mencari gadis-gadis muda lagi? Lebih memburukkan keadaan nisbah lelaki lebih ramai dari perempuan jadi persaingan tersangatlah sengit!. Shacklesmith bersuara buat lelaki muda di Malaysia. Haha~
Okeylah seperti yang dijanjikan di awal tajuk aku akan menghidangkan kepada korang gambar salah seorang janda terhangat di Malaysia iaitu Maya Karin yang telah menghadiri majlis Travelog Airasia tempoh hari lalu. Gambar ni aku jumpa di Ohbulan!. Dan kepada yang ingin cuci mata tataplah dengan sepuas-puasnya (Ini gambar decent punyalah bai, takde singkat punye dressing).
Jangan jeles ya! Hahaha |
No comments:
Post a Comment