Assalamualaikum semua, hai sudah tiga hari kan encik Shacklesmith ni dah tak berblog akibat kesibukan urusan kolej. Baiklah demi mengotakan janji yang pernah aku maklumlah minggu sudah. Maka, aku akan buat review mengenai filem yang paling hangat untuk suku akhir tahun ini iaitu Immortals. Kali ini aku janji akan ringkaskan entry ini seringkas mungkin supaya tak jadi macam review Klip 3GP yang panjang berjela-jela pernah aku buat bulan sudah punya tu (ini serius aku betul-betul tengok Immortals daripada Klip 3GP tu beb). Aku baru menonton filem ni semalam di Times Square sorang-sorang selepas menyelesaikan urusan konvokasi di kolej.
Filem epik fantasy yang berlatarbelakangkan mitos legenda purba tamadun Greek ketika 1228 Sebelum Masihi ini mengisahkan tentang pertembungan di antara dua kuasa iaitu Para Dewa-dewi Greek Kuno (Gods) menentang kuasa jahat yang digelar Titans. Segalanya bermula selepas seorang gadis Oracle dara yang bernama Phaedra (lakonan Freida Pinto) mendapat petunjuk dari mimpinya tentang niat jahat seorang Raja gila kuasa bernama Hyperion yang merampas senjata iaitu sejenis busur panah 'Epirus Bow' untuk membebaskan Titans yang telah terpenjara beralaf lamanya di dalam gunung. Ternyata petunjuk dari mimpinya itu memang benar!, Raja Hyperion bertindak demikian setelah doanya untuk menyelematkan keluarganya dari bencana tidak dimakbulkan. Maka dari situlah bermula kekejaman bala tentera raja gila ini menyerang biara-biara dan kampung-kampung di sekeliling jajahannya demi mendapatkan busur legenda itu.
Kemudian di satu babak di sebuah kampung di tebing tepi laut anda dipertemukakan pula dengan watak hero filem ini yang asalnya seorang pemuda kampung biasanya yang dicemuh sebagai anak jalang (ibunya mangsa rogol) tetapi amat handal bermain senjata bernama Theseus (lakonan Henry Cavill) kerana telah dilatih oleh seorang lelaki tua misteri. Meskipun dihina, beliau dan ibunya tetap hidup aman damai di kampung itu. Walaubagaimanapun, keamanan tidak kekal lamanya. Kampung mereka turut menjadi mangsa serangan bala tentera Raja Hyperion. Berbekalkan kudrat dan keberanian yang ada, Theseus melawan kekejaman tentera Raja Hyperian ibunya sendiri mati dibunuh dengan kejam di depan matanya!.
Selepas ibunya dibunuh dengan kejam oleh Raja Hyperion, dia telah ditangkap dan dijadikan hamba secara oleh Raja Hyperion. Ketika di sebuah perhentian (wadi) di tengah gurun, di situlah Theseus dipertemukan dengan Phaedra yang juga telah mendapat petunjuk bahawa Theseus lah yang berhak memiliki Epirus Bow itu!. Maka bermulalah epik pengembaraan mereka demi menumpaskan kejahatan Raja Hyperion. Siapakah orang tua misteri yang menjadi gurunya itu pulak?. Okey setakat itulah sinopsis aku boleh ceritakan, kalau sampai habis nanti tak pasal-pasal hilang klimaks korang nak tengok nanti weh.
Komen aku mengenai filem ini ;
Bagi aku cukup memuaskan dari segi penataan cahaya (ala vignette) yang sememangnya sangat sesuai filem bergenre epic perang. Disamping tu mutu lakonan pelakon tampak mantap lebih-lebih lagi Luke Evans yang memegang watak Dewa Zeus yang pada pandangan aku tersangatlah matang dan menonjol melebihi usianya yang sebenar. Bukan senang pelakon awal 30an nak pegang watak bapak kepada 3 orang anak bujang campur 1 anak dara (Isabel Lucas!) beb!. Begitu jugak, dengan Raja Hyperian lakonan Mickey Rourke yang nampak begitu wicked walaupun bukanlah watak yang paling jahat pernah aku tengok sebab still tak terlawan watak Darth Vader dan Sauron!.
Mengenai watak heronya, Theseus lakonan Henry Cavill pulak memang berkesan dan aku boleh nampak betapa terbakarnya hati seorang anak apabila ibunya dibunuh dengan kejam depan matanya sendiri. Terbit rasa panas hati penuh dendam kesumat hendak membalas kezaliman tersebut. Cuma aku tak dapat nampak chemistry nya dengan heroinnya Pheadra lakonan Freida Pinto itu. Itu pada pandangan sendirilah cuma pada terpulang kepada korang nak menilainya.
Satu lagi aku nak taburkan, aku sebenarnya tak suka nak cakap lah. Kalau nak dibandingkan dengan filem 300 dulu taklah sehebat mana impaknya yang lagi ganas babak pertempurannya. Apa pun suggestion aku pada korang memang tak rugi sebenarnya kalau korang laburkan duit nak menonton filem ini. Kalau tengok 3D konfem lagi syok punya!
2 comments:
best tapi 300 lagi best.
: movie mistakes filem KLIP 3GP
sebab 300 ade part King Leonidas jerit
THIS IS... SPARTA!!!
tu yg paling EPIC bro..
Post a Comment