Wednesday, November 16, 2011

Awas Wanita Di Luar Sana!!

Assalamualaikum semua di hari yang indah ni, kepada pengikut kultus Wordless Wednesday yang ternanti-nanti kan entry Wordless Wednesday dari blog Shacklesmith ni diharapkan jangan marah pulak kalau aku tak post ape-ape gambar hari ini sebab seriously gua sendiri dah blur tak tau ape gambar yang patut di post untuk pengikut fahaman Wordless Wednesday 1Malaysia sekalian untuk Rabu harini. Namun  begitu, janganlah merajuk pulak sebab Shacklesmith ada bagi Public Service Announcement untuk korang especially buat gadis-gadis di luar sana yang tinggal di kawasan bandar pantai barat semenanjung. Tulah kan, dulu heboh dengan orang minyaklah, simbah asid lah dan setakat pukau tu toksah cakaplah. Daripada masa omak den datang Kolumpo sebelum 13 Mei lagi dah jadi perkara biasa di kota Metropolitan ini. Nak tahu ape kebendanya bala nie. Sila baca di bawah!


Zul Handy Black dalam filem Mantra.
Tiada Kena Mengena (Sekadar Hiasan)
Awas Wanita Di Luar Sana Tu..!

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali…

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari. Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran Di Daerah-Daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak Mengira Paras ...Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa 2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita Tersebut.



Sasarannya tak lain dan tidak bukan.
Gadis-gadis yang masih dara sahaja
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Karena Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari Tempat Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu Pihak Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke Saat Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000 Orang.



Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik Dan Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana Dengan Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak Diingini Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat
Mujarab Iaitu :





RIDSECT

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!

WOIT, JANGAN PANIK SUDAHLAH!!! KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Shacklesmith : Ini hanya sekadar gurauan, anak-anak dara di luar diminta bertenanglah.. PEACE

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget