Saturday, November 26, 2011

Susulan Trofi AIM Yuna Ditarik Balik, Tiada Unsur Konspirasi



Walawey! kecoh betul warga Twitter kelmarin dengan  khabar trofi lagu terbaik yang dimenangi Yuna pada AIM ahad lalu ditarik balik oleh pihak penganjur majlis anugerah iaitu RIM kononnya atas sebab 'tersalah kira kertas undian'. Anugerah itu pula diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih (OST Merong Mahawangsa) iaitu Edry dan Anuar Zain. Ramai yang beranggapan bahawa ini adalah satu konspirasi di kalangan penggiat seni senior nak menekan penggiat-penggiat khasnya Yuna sendiri. Mereka telah melontarkan pendapat buah fikiran mereka dan turut melampiaskan kemarahan mereka di hashtag #NoPoliticsInMalaysianMusic .


Pelakon Sharifah Amani juga bersama meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan berkata "Leave our art scene alone you dirty-power hungry-disgusting-money grubbing-old-outdated-dishonest-fools! Make your sinful money elsewhere!". Wow boleh tahan berapi gak ayat cik Nani kita tu beb!, agak-agaknya untuk siapa dia tujukan?. Adakah KRU?. Hmm, sedangkan KRU pernah beri dia peluang belakon dalam Cicakman 2 dulu. Malahan, beliau jugak turut sama terlibat dengan filem Merong Mahawangsa dulu. Jadi adakah kerana politik?, kita juga turut sedia maklum bahawa beliau jugak ada cameo dalam klip video 'Undilah' yang didalangi puak pembangkang tapi bagi aku adalah hak individu beliau. Tapi yang peliknya, bagaimana pulak ada political intervention dalam industri seni sedangkan kita ni bukan Hollywood di mana segalanya di kawal tangan-tangan halus yang bermata satu. Apa pun aku tak menolak ianya akibat 'politik dalaman' dalam RIM sebab politik ni ada mana-mana sajer malahan hubungan rumah tangga jugak 'politik'.


Aku jugak terkejut apabila dimaklumkan akan perkara ini kerana bagi aku secara peribadinya Yuna sepatutnya mendapat trofi anugerah ini kerana segala jerih penat lelah beliau selama ini yang buat album semua Do It Yourself (DIY) berbanding Anuar Zain yang kita tahu sudah established lama lebih 10 tahun. Lagipun sudah dua tahun aku menyokong beliau sejak dari memakai tudung ala-ala gadis biasa dulu-dulu sehinggalah ber'tajima' sekarang. I found her song's quite appealing even for males like me. 


Segalanya terjawab tidak lama kemudian apabila pihak penganjur RIM mengatakan bahawa ianya berpunca kerana kesilapan syarikat auditor bertaraf 'antarabangsa' yang dilantik iaitu Ernst & Young kerana kakitangannya tidak mempunyai pengalaman dengan sistem penjurian AIM 18. Ujar rakan kongsi syarikat berkenaan, ini adalah kesilapan pertama selepas 18 tahun bekerjasama dengan RIM dan mereka telah memohon maaf atas kesulitan yang dialami ini. 




Ditanya pulak Edry Abdul Halim selaku pemenang sepatutnya anugerah berkenaan beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempersoalkan kemenangan Yuna tapi hanya datang untuk mempertahankan hak sebagai orang yang berhak kepada anugerah berkenaan dan pada masa yang sama tidak menafikan bakat Yuna dan turut beranggapan ianya sebagai satu perkara positif. Apabila berlaku suatu kesilapan, ianya perlu segera diperbetulkan jelasnya lagi. Namun begitu beliau turut mengakui berasa bersalah terhadap Yuna (ambil anugerah semula) kerana ianya melibatkan maruah artis yang seharusnya berhak.


Yuna jugak sempat ditemubual oleh wartawan sebuah portal hiburan dan memberitahu mendapat panggilan 3-4 hari sebelum itu bahawa anugerah yang dimenangi akan ditarik balik. Beliau juga mengaku bahawa beliau mengetahui kriteria yang perlu dipenuhi untuk memenangi anugerah berkenaan iaitu pemenang harus memenangi salah satu daripada empat kategori yang dipertandingkan (Lagu Pop Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Rock Terbaik), walaubagaimanapun beliau agak terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang. Memandangkan AIM adalah majlis besar maka beliau pergi jugak ambil anugerah itu kerana mengganggap AIM telah mengubah format. Beliau menegaskan lagi perkara ini takdelah memberi kesan sangat padanya tapi kesilapan ini menggugat kredibiliti semua orang yang terlibat.




Anuar Zain juga selaku pemenang berhak menjelaskan bahawa perkara ini sesuatu yang pelik dan memalukan beliau sehingga terfikir bagaimana harus berdepan dengan Yuna, diri sendiri dan orang ramai apabila diberitahu akan kes ini. Beliau juga merasakan, mereka berdua adalah mangsa keadaan. Secara peribadi juga beliau berpendapat, lebih elok saja perkara ini didiamkan dan tidak perlu diberikan anugerah kepada beliau dan Edry memandangkan berat untuk dirinya menerima perkara ini lebih-lebih lagi memikirkan perasaan dan menghormati Yuna. Namun kerana pihak penganjur mengakui kesilapan mereka maka dengan hati yang terbuka beliau hadir dan menerimanya. Tambah beliau lagi yang tidak mahu orang luar menganggap beliau dan Edry mempertikaikan kemenangan Yuna walhal beliau sendiri redha dan menerima dengan hati yang terbuka menerima kemenangan Yuna pada malam itu.


Jelasnya lagi, apa yang terjadi ini adalah iktibar kepada semua dan berharap perkara seumpama ini tidak berlaku lagi kerana menjejaskan kredibiliti AIM dan RIM. Apa lagi insiden  seperti ini boleh mengocak kepercayaan pemuzik kita kepada AIM dan RIM ujarnya lagi. Walaubagaimanapun beliau turut memuji Yuna kerana memberanikan diri hadir meskipun beliau tahu perkara tersebut adalah sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi.


Ini adalah surat penjelasan daripada Ernst & Young berhubung penarikan semula anugerah Yuna pada AIM baru-baru ini. Jadi ini sudah membuktikan bahawa tiada unsur konspirasi mahupun kronisme untuk memenangkan pihak-pihak tertentu dalam anugerah ini



Ini pulak komen Yuna sejurus selepas keputusan ini, beliau juga berharap agar peminat-peminat juga turut menerima kenyataan ini dengan seadanya. Haha, kalau tuan punya anugerah boleh terima mengapa tidak sang peminatnya bukan.


Shacklesmith : Sepatutnya juri membuat semakan dengan cermat sebelum membuat keputusan menganugerahkan trofi tu. Ini tidak, ambik kakitangan yang tidak berpengalaman last-last RIM dan para pemuzik pulak yang terpalit akan kes ini. Sudahlah industri muzik kita baru nak menapak semula lepas bangkit dari penguasaan pemuzik Indon-Indon dalam radio tempatan. Ini syarikat auditing bertaraf 'antarabangsa' tu pulak buat tahi tak pasal-pasal anugerah jadi kokap. Apa lagi pemuzik yang terlibat bukan calang-calang dalam industri negara ini.

Dunia sekarang tanpa sempadan dan satu dunia telah melihat. Mana mahu tutup muka lagi wahai penganjur?. Insaflah dan aku berharap janganlah perkara sebegini berlaku lagi.

P/S : Aku dah follow AIM ni dari sekolah rendah lagi. Walaupun takdelah ambil pot sangat tapi tak pernah dengar pun kes sebegini lagi. Pelik aku, zaman sekarang lagi canggih dari 10 tahun dahulu tapi baru sekarang berlaku?. 

2 comments:

Nurina Izzati said...

kesian kat yuna kan..

Shacklesmith said...

tula kn Nurina..

apa bole bwt daa..

yg auditor pun 1 hal jgk..

bwt keja pun x btoi bikin malu artis jgk.. hmmmm

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget