Friday, October 28, 2011
Sadis Giler Dowh!! Jual Kucing Macam Jual Ayam Di Pasar Borong
Kucing-kucing ini sebenarnya bukan dijual sebagai haiwan peliharaan, tapi sebenarnya ianya dijual sebagai daging di pasar borong sama seperti daging ayam, lembu dan kambing!. Ianya dijual secara terbuka tanpa sebarang sekatan kerana ketiadaan penguatkuasaan undang-undang untuk mengekangnya.
Sungguh zalim dan tak berhati perut langsung warga Republik Rakyat China ini. Hanya kerana nak mempelahap dagingnya sanggup kucing-kucing diperlakukan seumpama haiwan ternakan. Lihat saja bagaimana ia dimuatkan ke dalam sangkar yang sempit tu, sedangkan sangkar ayam lagi selesa sebab tak payah berhimpit.
Kucing-kucing ini sedang dibawa ke tempat penyembelihan dimana isinya akan dilapah dan dihantar ke pasar-pasar borong, untuk pengetahuan lebih 10,000 kucing dijual dan dibunuh setiap hari di tanah besar China!. Nampaknya sememang daging kucing mendapat tempat di hati penggemar makanan eksotik di tanah besar China.
Apakah negara China kekurangan haiwan ternakan lain sehingga kucing pun nak dimakannya?. Suatu ketika dahulu Vietnam pernah mengeksport secara besar-besaran kucing ke negara China sehingga menyebabkan tikus-tikus berkembang biak dengan banyaknya di kawasan penempatan manusia sehingga menularnya wabak taun akibat dari kekurangan kucing untuk mencegahnya!.
Tidak lama dulu juga heboh dengan cadangan pembinaan ladang babi mega di negeri Selangor bertujuan untuk mengeksport daging babi tersebut ke negara China walau bagaimanapun ianya mendapat tentangan majoriti rakyat Malaysia khasnya umat Islam yang tidak setuju negara ini jadi pengeksport produk berasaskan babi.
Apakah permintaan yang tinggi terhadap daging kucing ini berpunca dari kekurangan daging babi di pasaran?, ataupun mungkin warga negara tersebut sudah berubah selera untuk mencuba sesuatu yang berlainan.
Shacklesmith : Agaknya kalau lapar sangat kucing belaan sendiri pun sanggup dimakannya. Almaklumlah, kucing yang bela ni kan gemuk-gemuk belaka.
Labels:
kejam,
kucing,
orang gila,
pets,
sadis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kejam gila!
eeiii mcm xde daging lain nk makan..wueekk..mual ank tekak...cian kucing..kucing yg comel pon nk mkn..haihhh
@cik wanie
kejam gila kan?, sungguh tidak dinafikan lg tersangatlah kejam depa nie..
@alyea
tau xpe awk,, lembu, kambing, kerbau tinggi ngn pendek, kuda ngn unta melambak kat sne tp binatang cam nie jgk yg dorg nk mkn.. hish, btw.. thnx 4 coming by alyea =)
Post a Comment