Wednesday, June 15, 2011

Apokalips : Filem Mamat Khalid Paling SERIUS!!!

             
       Akhirnya, trailer filem terbaru arahan Mamat Khalid telah keluar di laman video Youtube. Filem yang diberi tajuk Apokalips ini telahpun dihebahkan kepada media selepas tamat menjalani penggambaran lagi pada lewat Julai 2010. Kebiasannya kan, kalau kita sebut saja nama Mamat Khalid mesti kita bayangkan filem komedi yang diarahkannya. Sebut saja nama filem Man Laksa, Rock, Zombi Kampung Pisang dan yang terbaru Hantu Kak Limah Balik Rumah yang telah mencetuskan fenomena akibat dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-wataknya yang begitu catchy sekali dan mencuit hati sampai Usop Wilcha jadi famous. Pertama kali Shacklesmith tengok trailer ni, dah terbayang filem-filem barat yang mengisahkan dunia post apokaliptik seperti V for Vendetta, Children of Men dan I Am Legend. Yang menambahkan keunikannya adalah tambahan aksi seni mempertahankan diri. Ini aku rasa boleh jadi batu loncatan bagi pengarah hebat seperti Mamat Khalid untuk keluar dari kepompong filem komedi. Kepada siapa yang belum menonton teaser trailer yang baru ditayangkan di Youtube tu. Silakan.
Filem yang aksi post apokaliptik pertama negara ini bakal ditayangkan kemungkinan besar mungkin sebulan dua lagi. Mengisahkan dunia yang nazak di akhir zaman yang mana segala bentuk ketamadunan dunia musnah dan manusia berperang antara satu sama lain. Shacklesmith tertanya-tanya juga adakah watak jahat utama dalam filem ini bermata satu?. Terbukak cerita The Arrivals pulak dah aku!. Hahaha, apa pun jom baca sinopsis filem ni.


Sinopsis Apokalips (sumber dari Qimie.com)
SEJAK mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.
Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.
Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti, X lakonan Farid Kamil, Sri Gala (Peter Davis), Kala (Jehan Miskin), Kulat (Zoey Tan), Aman Chai (Adam AF), Qi Qi (Myra), Razor (Iqram Dinzly), Lipan (Pekin Ibrahim).
Shacklesmith : Serius gila beb, lagi serius ya amat dari Lang Buana!!

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget