Demi ingin mencapai sesuatu objektif, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun tindakan tersebut boleh dianggap sebagai kerja gila. Begitulah yang dilakukan oleh seorang saintis dari Rusia yang bernama Natalia Avseenko yang sanggup berbogel sambil berenang bersama ikan paus beluga (sejenis speasis yang tergolong dalam keluarga dolfin) di lautan Artik yang sejuk tahap beku bersuhu -1.5 darjah Celcius!.
Sesuatu tindakan yang boleh dianggap sebagai BERANI MATI kerana manusia hanya mampu menahan nafas selama 5 minit sahaja di dalam air sesejuk itu tetapi beliau mampu bertahan selama 10 minit berenang bersama ikan paus tersebut disebabkan Natalia juga merupakan seorang pengamal yoga.
Tujuan Natalia berenang dalam keadaan bogel adalah disebabkan ikan paus jenis beluga ini tidak suka disentuh dan berinteraksi dengan benda-benda buatan (bukan semulajadi) khasnya pakaian renang-Jadi dengan berbogel sajalah caranya. Macam manalah National Geographic nak pasang Crittercam kan?. Agaknya kena ikut cara inilah kot. Hahaha.
Sememangnya bagi aku tindakan belaiu tersebut akan menimbulkan kontroversi dan tandatanya, sebabnya dia bukan tidak dikenali langsung sebelum ini. Sebaliknya beliau turut dikenali sebagai perenang bebas di negaranya sendiri. Jadi adakah tujuan utama Natalia hanyalah ingin mencari populariti dengan memanipulasikan susuk tubuh beliau sendiri?. Sudahlah berapa ramai artis-artis, model dan pelakon porno berbogel di khalayak ramai pada masa kini. Nampak gayanya saintis pun tumpang sekaki pula ya. Apa kata pencinta haiwan dan paling utama sekali aktivits wanita?.
Sumber - What's On Sanya
- Daily Mail
Shacklesmith : Macam-macamlah ragam manusia zaman sekarang, sedangkan aku nak ambil wudhuk waktu subuh pun menggigil ni kan pulak nak berenang kat kawasan kutub tu. Ape pun berkenaan pasal gambar tu aku malas nak tapis. Bukan kelucahan melampau pun. Jangan pandang dengan nafsu sudah.
2 comments:
biasa je dia berenang bogel.tak pelikpun sebab dia omputih..tapi aku pelik kalau ada orang melayu yang nak buat macam tu juga hehehehe
tau xper.. lantak ler deme nk wat ape pun janji jgn owg kte yg bwt sdh..
thnx 4 coming by bro ;)
Post a Comment