Sunday, June 19, 2011

Selamat Menyambut Hari Bapa


Selamat Hari Bapa diucapkan kepada seluruh Bapa-bapa di dunia khasnya terutama sekali bapa saya yang tersayang kerana telah banyak berkorban dan berjasa buat saya sekeluarga. Segala penat lelah, suka-duka dan susah-payah yang beliau telah alami bersama dengan ibu saya dalam membesarkan kami  adalah sangat kami hargai. Ribuan Terima Kasih Buat Ayahku Kerana Telah Banyak Berjasa Pada Kami.


 Belasungkawa
           Disamping itu juga, saya ingin mengucapkan takziah kepada bekas pengembara berbasikal yang pernah menunggah basikal dari China ke Asia Tengah, Zahariz Khuzaimah atas pemergian ibu beliau pagi tadi. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok selepas terjatuh ketika menyertai acara walkathon yang diadakan oleh pengurusan Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara. Secara peribadinya ibu saya amat mengenali arwah kerana tinggal di kawasan kejiranan yang sama dan kerap kali juga bertemu di masjid. Allahyarham akan selamat dikebumikan pada petang ini selepas solat Asar ini. Al-Fatihah

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget