Wednesday, June 8, 2011

Sir Richard Branson : Ikon Lelaki Moden Berjaya


Berbekalkan kebolehannya sebagai seorang usahawan, pengembara, pencinta alam dan juga memiliki sikap dermawan. Maka tak hairanlah, Sir Richard Branson layak menjadi ikon role model kepada lelaki moden zaman sekarang. Jom kita renungkan satu per satu kebolehan dan sikap positif yang beliau miliki supaya boleh dijadikan contoh buat kita lelaki zaman moden untuk melangkah maju ke hadapan.

Usahawan - Beliau lebih dikenali sebagai pengasas kumpulan Virgin yang terdiri dari lebih 400 anak syarikat yang merangkumi sektor atau industri muzik, komunikasi, minuman dan yang paling terkenal sekali syarikat penerbangannya Virgin Airlines. Sebuah syarikat penerbangan terkemuka di dunia sehingga menjadi inspirasi kepada Datuk Tony Fernandes.

Pengembara - Beliau telah mengembara ke segenap pelusuk dunia tidak kira sama ada melalui laut dan udara. Beliau juga sempat memecahkan beberapa rekod dunia dalam beberapa acara. Richard Branson merupakan seorang yang sanggup mengambil risiko demi memuaskan hati dan perasaannya untuk menginginkan sesuatu pengalaman hidup yang cukup berharga.

Pencinta Alam - Hasrat beliau untuk membasmi pencemaran dunia dan sekaligus menyelamatkannya dari kesan rumah hijau supaya dapat berteduh paling tenang buat generasi akan datang menyebabkan beliau menjadi seorang tokoh pencinta alam yang sangat dihormati dan disegani.

Pejuang Kemanusiaan - Beliau juga telah berkempen di serata dunia untuk menamatkan penggunaan senjata nuklear, membantu mangsa-mangsa peperangan Darfur, membina sekolah-sekolah untuk warga miskin di Afrika, dan selain itu juga membantu puluhan ribu golongan yang tidak bernasib baik di serata dunia melalui kutipan derma dan sumbangannya.

Pada pandangan Shacklesmith lah, tak salah kalau nak kita nak berusaha supaya berjaya dalam hidup lebih-lebih lagi kalau kita ni sebagai ahli perniagaan. Nak jadi usahawan kita kena berani mencuba dan jangan takut untuk mengalami kegagalan seperti yang diceritakan oleh Billi P.S. Lim dalam buku Dare To Fail. Yang penting jangan jadi kiasu!.  Jangan cantas rezeki orang dan pijak bangsa kita sendiri. Kalau boleh tolonglah sesama umat. Balik pada Richard Branson ni, memang banyak sikap dia yang boleh kita contoh. Tapi yang ini boleh ke kita contohi?. Tepuk dada tanya iman.












Shacklesmith : Well, nobody is perfect anyway kan. Tapi macam nilah bila orang tu dah kaya gila sangat. Haha

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget