1 - M'sian wasted 930 tons of food per day.
2 - Non Revenue Water of 40 % (national avg).
3 - Highest percentage of carbon emission.
4 - Reserved Margin of 52.6% or 10 00 MW (as claimed by DAP) but yet TNB import another 180 MW from Singapore..
The culprit...too much subsidy....food, fuel, water and power.........
Baca SINI untuk penerangan lanjut.
Aku ni sebenarnya penjimat orangnya, walaupun kadangkala aku boros sedikit berbelanja apabila terjumpa barang kehendak hati. Tapi bukannya selalu pun, ade certain-certain masa saja begitu itu kalau aku tengah masyuk. Kalau aku sengkek jangan haraplah nak berbelanja besar bagai semua. Kalau keluar makan pun aku sanggup pergi warung tak berdinding semata-mata nak makanan murah. Jangan tak percaya aku tak pernah top-up handphone selama lebih sebulan beb!. Serius tau, memang ada masanya aku penjimat sangat orangnya, tapi kalau nak kata kedekut tu takdelah. Haha, iya mungkin sesetengah orang berkata begitu pada aku tapi terpulanglah pada mereka nak menilainya.
Aku bukan kedekut mana pun bai, kalau member nak mintak belanja aku no hal ajer. Kedekut-kedekut ada banyak jenisnya, nak buat cara mat jawa konfem memang payah nak kautim. Kalau hitam-hitamlah, kalau putih-putihlah. Susah nak dapat trust deme sebagai member, melainkan isteri yang pandai mengambil hati (berdasarkan pemerhatian aku. kalau bini tu nurse atau stewardess memang BOLEH melembutkan hati wak jawa yang 'kedekut', betul tak? hahaha). Tapi bagi mat jawa, deme tak kedekut. Cuma jimat, ingat cerita Tangkai Jering lagi tak?. Haha, itu mat jawa tapi aku bukan jawa. Aku BANJARIAN, yeah Perak mari punya beb. Sapa berani kacau tuduh gua kedekut memang akan kena libasan parang panjang sampai terpelanting kepala masuk longkang. Jangan main-main sama gua erk. Haha, main-main jerk yeop.
Ok enough with that balik kepada cerita kita semula, korang rasalah kan. Korang sanggup tak habiskan sepinggan nasi goreng ayam yang korang order?. Aku rasa kalau korang lelaki mungkin sanggup tapi adakah jikalau anda perempuan anda sanggup menghabiskan nasi goreng tersebut?. Saya dapat rasakan bahawa 80% mengatakan tidak larat nak menghabiskannya. Ini berdasarkan pemerhatian akulah sepanjang mengusha awek-awek di kedai makan. Memang kebiasannya mereka akan meninggalkan quarter ajer daripada nasi goreng yang dimakan itu. Bagi aku tak ke membazir?. Untunglah kalau ada balak perot macam tong sampah, sapu ajer leftover you'ols kan?. Hehe, bagi jer kat Shacklesmith boleh tolong habiskan. Kerana sayang semua okay ajer, tapi itu kalau datinglah. Tak dapat bayangkan pula kalau korang keluar bersama kawan-kawan sesama perempuan. Konfem akan lebih banyak makanan terbazir semua!. Aku tak dapat bayangkan berapa tan-tan nasik yang akan dibazirkan oleh gadis-gadis ini. Muahahaha
Alright ladies, janganlah marah. Aku tau korang semua bukan begitu. Tapi fikirkanlah, kita hidup bersenang-lenang tak pikir pasal susah ke?. Makanan tu elok dibeli patut dihabiskan jela. Apa salahnya pun tak mati kita telan semua melainkan tercekik. Aku ingat lagi anak menakan aku yang baru darjah satu, makan Coco-Crunch tapi tak habiskan susu. Terus jer taruk mangkuk tu atas washbasin dan aku punyalah mengamuk marah dia kenapa tak habiskan susu tu. Aku cukup pantang kalau orang bazirkan makanan. Budak-budak kat negara miskin berebut-rebut nakkan makanan tapi budak-budak kita sanggup bazirkan lagi. Itu tak menghargai rezeki Allah namanya tu. Percayalah, kalau begitu sikap kita tak mau berubah, Allah Taala akan tarik balik rezeki yang diberi-Nya daripada kita suatu hari nanti.
Sana sini semua orang bising harga minyak naiklah, makanan naiklah, dan segala macamnya naik!. Balik-balik pusing cerita kerajaan zalimlah curik duit rakyat semua tarik subsidi. Macam biasalah, pembangkang akan tumpang kaki buat isu macam-macam nak burukkan kerajaan. Akhirnya bermulalah segala macam cerita yang entah diragui kebenarannya. Memang senang nak menuduh tapi apakah mereka yang berada di atas tampuk pemerintahan tu benar-benar berkuasa terhadap harga barang?. Apa dorangkah yang menjual barang keperluan kepada kita?. Pembangkang hanya pandai cakap ajer tapi adakah mereka punya kemahiran untuk menyelesaikan masalah tersebut?. Usahkan nak menguruskan harga minyak, nak menyelesaikan masalah kecil pun dorang buat-buat tak reti. Inikah pemimpin yang profesyional?. Silap-silap lagi teruk daripada apa yang kita ada selama ini. Jangan nak mencuba benda yang belum tentu baik, entah-entah itu yang memang tak baik. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita kenalah bersyukur dengan apa yang kita ada. Mujur negara kita selamat dari gempa bumi dan gunung berapi semua tapi sayang sungguh ada manusia yang tak reti berterima kasih atas limpahan rezeki dari Illahi ini.
Shacklesmith : The mind boggles.. (T_T)
No comments:
Post a Comment