Setelah sekian lama dinantikan oleh peminat dunia automatif tempatan akhirnya model baru pengganti Perodua Myvi yang sudah berada di pasaran semenjak tahun 2005 lagi kini telah dikeluarkan ke pasaran. Model generasi kedua Myvi ini boleh mula ditempah pada hari ini 4 Jun 2011 dengan harga tempahan sebanyak hanya RM400.
Sungguhpun ianya telah lama dinanti-nantikan hampir dua tahun, akan tetapi ianya tidaklah begitu mengujakan sangat kerana ramai peminat dunia automotif tempatan kerana kita semua sudah sedia maklum bahawa model terbaru Perodua ini tetap berasaskan model terbaru rekaan Daihatsu dan Toyota dari Jepun iaitu Daihatsu Boon / Toyota Passo yang juga hanya dikeluarkan untuk pasaran negara matahari terbit itu saja. Namun begitu terdapat sedikit perbezaan di antara model buatan Malaysia dan buatan Jepun sendiri terutamanya dari segi luaran iaitu bentuk lampu depan dan belakang berserta tempat letak nombor plate-nya. Anda boleh lihat perbezaannya.
Anda dapat perbezaan antara kedua-dua model berkenaan terutamanya bentuk lampu depan dan belakang tetapi dari bentuk badan masih lagi sama. Apa yang saya lihat, reka bentuk lampu Myvi lebih sporty berbanding Passo yang tampak comel dengan lampu bulatnya. Yang pasti, sebab utamanya adalah di Jepun, Toyota Passo disasarkan kepada golongan wanita manakala di Malaysia pula, Perodua Myvi disasarkan kepada golongan muda dan berpendapatan rendah tanpa mengira jantina. Syabas saya ucapkan kepada Perodua sebab membuat facelift ini supaya 'orang tak cakap ini kereta klon'. Perodua memang 'terer' dalam bab facelifting kereta Daihatsu dan Toyota semua ni. Berikut adalah features buat model terbaru Myvi ini.
New Features in New Myvi 2011.
EPS: Electronic Power Steering
Sturdy and improved designs with New Projector headlamp
Air bags (All variant)
ABS with EBD & BA System
Automatic Shift lock part
SO Fix Child Restraint System
Point rear seatbelt
Wire tensioner Seat belt with force limiter
Rear Diffuser: Improve airflow
Better Fuel consumption
Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth.
Colors : Pearl White, Solid White, Ebony Black, Glittering Silver. (Mystical Purple and Yellow will be available later)
Variant
Myvi 1.3 Standard Auto/Manual
Myvi 1.3 Premium Auto/Manual
Myvi 1.3 Elegance Auto/Manual
Myvi 1.5 Special Edition Auto/Manual
myvi 1.5 Extreme Auto/Manual
Harga Perodua MYVI2011 dijangkakan seperti berikut:
Bagi harga model 1.5liter, belum ada info.
Sumber:Model pengganti MYVI.Tempah mulai 4 Jun! | I'm Hafizhttp://www.hafizstory.com/2011/06/model-pengganti-myvi-tempah-mulai-4-jun/#ixzz1OHoH9ieX
Shacklesmith : Anda berminat?. Tunggu apa lagi tempah sajalah. Kalau tak minat pun takpe, baik jalan kaki ajer beb.
No comments:
Post a Comment